Benarkah eMADANI Kongsi Data 3rd Party ?
Jawapannya, betul. Tapi anda perlu baca sampai habis, jangan baca sekerat sahaja. Ada sebab mengapa perlu kongsi pada 3rd party dan ianya bukanlah menggugat data privasi anda pun.
Ataupun, carilah sesiapa yang pandai baca t&c sebegini dengan betul, ramai yang baca ambil sekerat-sekerat sahaja, tidak tepat dan memberi pemahaman yang salah.
1.Ramai takut claim eMADANI kerana ada t&c berkenaan perkongsian data 3rd party.
Sudah semestinya perlu kongsi data kepada 3rd party untuk semak eligibility supaya orang takdalah claim untuk setiap eWallet, sebab layaknya 1 ewallet sahaja. Jadi perlulah ada semakan daripada eWallet lain, pihak kementerian yang bertanggungjawab supaya proses claim berjalan seperti yang sepatutnya. Fahami apa maksud 3rd party terlebih dahulu.
Bukan sewenang-wenangnya eWallet boleh akses data pengguna antara satu sama lain.
2. Kenapa perlu verify IC dan ambil gambar muka ?
Perlu. Jika tidak, bagaimana untuk ketahui pemilik akses ewallet itu legit dan sah. Mereka mesti simpan data ini, kalau ada masalah seperti individu yang tidak dapat claim walaupun layak, sudah ada gambar muka dan sebagainya pada proses claim untuk verifikasi.
Banyak kes claim dari pihak tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi pada warga emas dan sudah berumur, sudah banyak bantuan-bantuan yang di eksploitasi sebegini.
3. Kenapa data mungkin disimpan di luar Malaysia ?
Sebab mungkin data server berada di luar Malaysia, contoh terdekat di Singapore. Bukanlah untuk beri akses kepada luar negara pun.
4. Kenapa perlu beri data spend atau perbelanjaan menggunakan eMADANI ?
Daripada datalah baru kita boleh tahu sesuatu program tu berjaya atau tidak. Berapa ramai yang claim daripada jumlah yang layak, berapa ramai yang claim tapi langsung tak spend atau melakukan perbelanjaan, dan sebagainya.
Data itu pun pihak yang sepatutnya sahaja yang terima.
Kalau takda perkara diatas disebut, jadi illegal atau tidak sah pula utk collect data bagi menjayakan proses claim dan sebagainya.
Jadi, mestilah disebut pada t&c.
5. Ada kena mengena ke eligibility dengan LGBT ?
Langsung takda kena mengena. Sudah-sudah la buat teori. Haha. Google atau cari kamus bahasa inggeris maksud keyword tu.
Apa-apa pun, sekiranya terdapat kekeliruan mengenai eMADANI benarkah mereka kongsi data 3rd party ini, atau informasi saya yang kurang tepat, anda boleh komen pada ruangan komen dibawah dan akan saya perbetulkan supaya lebih ramai dapat memahami sepenuhnya klausa yang diberikan pada t&c oleh setiap eWallet.
Anda belum claim ? Ingin claim di TNG ? Klik disini : https://amirazman.my/cara-claim-emadani-rm100-di-tng-ewallet.
Atau anda ingin claim di Shopee ? Klik disini : https://amirazman.my/cara-claim-emadani-rm100-di-shopee.
* Penggunaan kredit daripada eMADANI RM100 ini hanya boleh digunakan di kedai fizikal sahaja.
Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Terbaik disini : https://billing.hostingmalaya.com.