BisnesDuit OnlineKehidupanTeknologi

Perjalanan Dalam Perniagaan Online

Perjalanan Dalam Perniagaan Online

Saya bukanlah ingin berkongsi input sarat mengenai perjalanan saya dalam perniagaan online, tetapi ingin share sedikit manisnya perjalanan ini alang-alang dah lama sangat tidak menaip apa-apa di blog secara santai.

Bagi sesiapa yang bermula perniagaan online awal 2000-an, pasti moment tersebut amat menarik kerana pada waktu inilah bermulanya pelbagai bisnes online, pelbagai skim MLM dan sebagainya.

bisnes topup sms

Dan pada waktu ini jugalah transisi daripada telefon bimbit biasa kepada berwarna, dan kemudian pada android dan iOS.

Begitu juga dengan pelbagai sistem yang bermula daripada SMS, kepada sekarang semudah hanya menggunakan aplikasi sahaja.

Daripada rakan-rakan perniagaan yang kita kenal daripada skim referral ebook pelik-pelik seperti RM1, RM10, Buat RM100 dengan FB dan macam-macam lagi. Haha.

Daripada kita kenal rakan-rakan perniagaan tersebut daripada bujang, berkahwin, bercerai, daripada belum ada anak sampai ada yang dah anak 5.

Bagi saya permulaan dari tahun 2000-an ketika itu sehinggalah kini sangatlah menarik, akses internet yang terhad kepada sekarang mudah untuk diakses di mana-mana sahaja.

senarai tools ai 2023

Perubahan juga daripada majoriti pengguna blog, menjadi vlog dan live, dan kini bermula era AI pula.

bisnes online semasa covid19

COVID-19 yang melanda negara mengubah gaya hidup, pekerjaan dan ekonomi dengan sangat drastik.

Sekarang juga sangat mudah, untuk berniaga tidak perlu lagi untuk pegang stok dan sebagainya dengan kewujudan sistem affiliate dan referral. Sangat-sangat bagus untuk dimanfaatkan untuk bermula dalam bisnes online.

Perancangan akan datang seperti Metaverse, Neuralink, dan Augmented Reality juga mungkin akan mengubah gaya hidup kita kelak, sekiranya projek-projek ini berjaya.

Semoga kita diizinkan untuk menikmati teknologi-teknologi terbaru untuk diaplikasikan kepada perniagaan online kita pada masa akan datang.

Ada yang kenal saya sejak daripada 2000-an zaman bisnes topup masih lagi guna SMS ? Haha.

Bagaimana pula dengan perjalanan anda dalam perniagaan online ? Atau pengalaman sebagai freelancer ? Sudi berkongsi dengan saya ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Tebus eMADANI RM100 di TNG Ewallet anda : https://amirazman.my/cara-claim-emadani-rm100-di-tng-ewallet.

Dapatkan simkad Halo Telco serendah 10sen disini : https://shope.ee/508mDzmmJ0.

Daftar aplikasi Topup Niaga untuk penjimatan pelbagai produk telco disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

 

Leave a Comment