Duit OnlineKehidupanTeknologiTelekomunikasi

Cara Menebus eTunai Rakyat RM30

Cara Menebus eTunai Rakyat RM30

Melalui program yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu eTunai Rakyat, pengguna boleh menebus eTunai Rakyat RM30 melalui 3 aplikasi e-wallet terkenal di Malaysia seperti Touch n Go Ewallet, Grab dan juga Boost App. Inisiatif ini mula dijalankan pada hari ini, 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020. Untuk pengetahuan anda, hanya satu aplikasi sahaja boleh ditebus menggunakan IC atau kad pengenalan pengguna yang layak.

Untuk menebus eTunai Rakyat sebanyak RM30 ini, terdapat beberapa syarat permohonan diantaranya :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020.
  3. Pendapatan dibawah RM100,000 setahun.
  • Cara Menebus eTunai Rakyat Menggunakan Touch N Go Ewallet
  1. Pastikan anda telah menggunakan aplikasi Touch N Go Ewallet atau muat turun pada Google Playstore/ Apple Store.
  2. Lengkapkan sepenuhnya verifikasi akaun anda.
  3. Klik Learn more pada bahagian e-Tunai Rakyat.
    etunai rakyat tng ewallet
  4. Tick setuju pada terma dan syarat yang diberikan dan tunggu dalam tempoh masa 5 hari bekerja untuk proses penebusan berjaya.
    claim etunai rakyat touch n go ewallet
  • Cara Menebus eTunai Rakyat Menggunakan Boost App.
  1. Pastikan anda telah menggunakan aplikasi Boost App atau muat turun pada Google Playstore/ Apple Store.
  2. Klik Claim Now pada notifikasi berkenaan eTunai Rakyat.
    etunai rakyat boost app claim
  3. Lengkapkan sepenuhnya verifikasi akaun anda dan proses penebusan eTunai Rakyat RM30 akan berjaya dalam masa 5 hari bekerja jika tiada sebarang masalah.cara menebus etunai rakyat
  • Cara Menebus eTunai Rakyat Menggunakan Boost App.
  1. Pastikan anda telah menggunakan aplikasi Boost App atau muat turun pada Google Playstore/ Apple Store.
  2. Aktifkan GrabPay dan klik Claim it Now pada notifikasi Grab e-Tunai Rakyat.
    menebus etunai rakyat pada grab
  3. Klik Next dan tick setuju pada terma dan syarat serta tunggu selama 5 hari bekerja untuk proses penebusan tersebut berjaya jika tiada sebarang masalah.
    claim grab etunai rakyat

Diharap cara menebus eTunai Rakyat RM30 diatas ini dapat membantu anda menebus inisiatif kerajaan pada tahun 2020 ini dan dapat digunakan sebaiknya supaya tidak berlakunya pembaziran.

Jom Beli Tiket Bas OnlineDari Eticketing Disini : https://amirazman.my/beli-tiket-bas-online-dari-eticketing.

Ketahui Tips Membeli Secara Online Disini : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23