BisnesSosialTeknologi

Cara Renew SSM Secara Online

Pada kali ini saya akan jelaskan bagaimana cara untuk renew SSM secara online dengan mudah dan pantas. Dengan kepantasan capaian internet dan teknologi yang semakin canggih, pelbagai urusan boleh dilakukan secara atas talian. Jika selama ini setiap tahun anda perlu ke kaunter SSM untuk memperbaharui SSM anda, kini anda boleh melakukan urusan ini secara online sahaja. Jimat masa, jimat kos dan tidak stress menghadap trafik yang sesak.

Cara untuk membuka akaun Ebiz Online untuk renew SSM secara online ialah :

  1.  Buka pautan https://ezbiz.ssm.com.my dan klik pada butang Sign Up.
    sign up akaun ebiz ssm online
  2. Kemudian, isikan maklumat berkenaan dengan NRIC anda dan klik Register. Selepas itu anda anda diminta untuk mengisi maklumat pendaftaran, maklumat pengguna dan juga alamat anda serta klik Save.
    daftar ebiz online
  3. Anda akan diminta untuk mendapatkan PIN verifikasi daripada kaunter SSM. Ya, agak leceh untuk pertama kali. Anda dikehendaki untuk ke kaunter SSM untuk mendapatkan PIN ini. Setelah anda mendapat PIN ini, anda sudah boleh mengakses akaun SSM anda secara online.

kegunaan ebiz online ssm

Dengan menggunakan Ebiz Online, anda bukan sahaja boleh renew akaun SSM anda sendiri, malahan anda juga boleh renew SSM orang lain. Ebiz Online juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran SSM baru, pertukaran maklumat SSM dan juga penamatan akaun SSM.

Untuk renew ssm online menggunakan Ebiz Online, anda boleh pilih pada pautan Renewal by Owners, dan akan dipaparkan maklumat berkenaan Business Name, Business No dan juga Expiry Date untuk akaun SSM tersebut. Klik pada icon pada Action untuk renew akaun SSM tersebut.

renew online ssm ebiz online

Pada halaman tersebut, akan terpapar maklumat berkenaan informasi perniagaan dan juga renewal form dimana disini anda boleh membayar kompaun sekiranya ada dan juga menukar informasi perniagaan sekiranya terdapat perubahan dengan informasi perniagaan yang anda jalankan. Pembaharuan SSM dengan penukaran informasi perniagaan akan dikenakan cas sebanyak RM70 selama setahun manakala sekiranya tiada penukaran informasi perniagaan akan dikenakan cas sebanyak RM 60 sahaja.

renewal form ebiz online ssm

Tick pada konfirmasi tersebut dan klik Proceed to Payment untuk membuat pembayaran pembaharuan SSM. Pada halaman ini akan terpapar maklumat pembayaran serta maklumat pemilik akaun dan disini pengguna boleh memilih sama ada untuk membuat pembayaran secara online atau di kaunter SSM secara tunai. Klik pada Pay Online untuk membayar secara online.

Anda akan dibawa ke halaman pembayaran dimana terdapat pilihan untuk pembayaran menggunakan kad debit/kredit atau anda boleh menggunakan online banking menggunakan FPX. Masa yang dihadkan untuk transaksi ini dalam 10 minit sahaja, jadi pastikan anda selesaikan transaksi ini sebelum masa yang dihadkan tamat.

kaedah pembayaran ssm ebiz online

Selesai dengan pembayaran, invoice pembayaran daripada pihak SSM akan dipaparkan dan anda boleh Print atau memuat turun invoice tersebut pada pautan yang diberikan.

Selesai proses renew SSM secara online tersebut, anda boleh mendapatkan sijil SSM terbaru anda pada menu My Business Services dan klik pada Renewal History. Klik pada Download Certificate untuk mendapatkan sijil SSM anda yang terbaru. Pastikan anda memuat turun sijil SSM anda secepat mungkin kerana sijil SSM dan juga informasi perniagaan ini hanya boleh dimuat turun 14 hari selepas daripada pembayaran pendaftaran berjaya.

Post pada kali ini diharap dapat membantu anda untuk memperbaharui ssm secara online dengan pantas dan mudah. Adakah anda masih renew SSM di kaunter SSM atau secara online ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Sudahkah anda menebus eTunai Rakyat RM30 secara percuma ? Klik disini : https://amirazman.my/cara-menebus-etunai-rakyat-rm30.

Dapatkan servis web hosting dan game hosting dilengkapi dengan DDoS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment