Pernah atau tidak anda membuat semakan kesihatan hard disk anda sama ada laptop atau komputer ? Setelah bertahun-tahun menggunakan laptop, baru sekarang terlintas untuk menyemak hard disk health memandangkan laptop ada kalanya hang secara tiba-tiba dalam 10-20 saat sebelum boleh digunakan seperti sediakala dan semakin kerap terjadi.
Sebelum ini pernah saya decide untuk menggunakan SSD NVME memandangkan secara tiba-tiba laptop saya booting dengan sangat perlahan. Nak startup pun lebih 5 minit. So, setel masalah saya bila guna SSD NVME, booting tak sampai 8 saat. Memang laju bila guna SSD lebih-lebih lagi jenis NVME tetapi ada kalanya akan hang secara tiba-tiba dalam 10-20 saat, berlaku sampai ke harini.
Anda boleh download HD Sentinel disini : https://www.hdsentinel.com/download.php.
Hard disk 1 TB, asal original daripada Lenovo Legion sendiri pun mengalami masalah ni yang mana saya sendiri kurang pasti mengapa ianya terjadi secara tiba-tiba. 888 Bad sector dikesan pada hard disk tersebut dan saya dalam proses backup kesemua fail dan cuba untuk format hard disk ini. Jika masih bermasalah, nampak gaya terpaksa beli baru. Upgrade terus pakai SSD SATA kot memandangkan harga SSD SATA pun sekarang hampir sama dengan harga HD biasa.
Hard disk laptop Asus saya dari zaman 2012 yang sudah hampir sedekad pun masih dalam keadaan yang baik. Yang saya perasan last sebelum isu booting itu berlaku, terdapat windows update yang sangat lama dan saya terpaksa force shutdown kerana makan masa lebih sejam dan saya berada diluar pada waktu itu untuk tunggu lebih lama.
Saya ada cuba gunakan quick format namun tiada perubahan kepada masalah bad sector Ini. Kemudian apabila saya format tanpa quick format (format ini makan masa yang agak lama), masalah bad sector ini berjaya diatasi tetapi saya kurang pasti sama ada mampu bertahan lama atau tidak. Jangan ambil ringan berkaitan masalah hard disk ini memandangkan data-data yang anda simpan pada komputer anda berkemungkinan data yang penting.
Diharap post ‘Cara Semakan Kesihatan Hard Disk’ ini dapat membantu anda menyemak kesihatan hard disk anda sebelum apa-apa yang tidak diingini terjadi.
Jom baca ‘Masalah Skrin Laptop Tidak Hidup’ disini : https://amirazman.my/masalah-skrin-laptop-tidak-hidup.
Thanks bro, sangat membantu 🙂
Sama2 🙂