Duit OnlineKehidupanSosialTeknologiTelekomunikasi

Tips Membeli Secara Online

Tips Membeli Secara Online

Sebagai seorang pembeli produk fizikal atau digital yang tegar, saya ingin kongsikan tips bagaimana untuk membeli secara online dengan selamat dan risiko yang minimum. Pembelian secara face-to-face pun ramai yang kena tipu, apa lagi kalau secara online kan ? Oleh yang demikian, tips dibawah ini sangat sesuai untuk mereka yang masih ‘newbie’ untuk membeli secara online.

Diantara kelebihan-kelebihan membeli secara online ialah :

  1. Menjimatkan masa dan mudah. Order, bayar secara online, barang sampai.
  2. Terdapat beberapa sistem online payment E-commerce yang dipercayai.
  3. Murah. Ramai penjual ‘buang harga’ pada E-commerce yang mempunyai ramai pesaing seperti Shopee, Lazada dan sebagainya.
  4. Kos jualan secara online yang lebih murah berbanding kedai fizikal (kos sewa kedai, pekerja, dan lain-lain).
  5. Pelbagai pilihan. Jika di kedai fizikal pilihan agak terhad.

cara membeli secara online

Memandangkan dah tahu kelebihan-kelebihan membeli secara online, jadi saya akan share beberapa tips membeli secara online daripada pengalaman saya hampir 10 tahun membuat pembelian secara online.

  1. Beli daripada platform yang payment secure guarantee seperti Shopee. Jika barang tak sampai atau bermasalah, Shopee tidak akan transfer wang anda kepada penjual (mereka akan hold sehingga selesai). Download Shopee disini : https://shp.ee/dhqdz43.
  2. Beli daripada laman web yang dipercayai dan mempunyai kedai fizikal yang terkenal. Pastikan alamat kedai, nombor telefon kedai dan email matching dengan kedai fizikal. Pastikan betul-betul matching untuk elak daripada scammer yang menipu sebagai penjualkedai.
  3. Search di Google maklumat penjualseperti nama, alamat kedai, email, no telefon dan sebagainya. Jika ada yang melaporkan isu atau kes scam terhadap maklumat penjual, lebih baik mengelak daripada membuat transaksi dengan mereka.
  4. Vouch atau dapatkan jaminan daripada pengguna lain (yang legit) sekiranya mereka pernah membuat pembelian dengan penjual.
  5. Semak akaun sosial media penjual. Ramai mutual friend atau tidak, ramai friends atau tidak. Bila tarikh facebook itu dibuat. Elakkan daripada tertipu dengan fake profile.
  6. Pastikan nama penjual matching dengan nama akaun yang digunakan untuk membuat transaksi. Elakkan daripada berlakunya 3rd party scam.
  7. Setiap kali membuat transaksi dengan penjual yang mencurigakan, sentiasa simpan screenshot atau rekod maklumat perbualan, informasi penjual dan sebagainya untuk rujukan dimasa akan datang (sekiranya perlu).
  8. Elakkan membuat transaksi dengan penjual yang menghantar mesej secara tiba-tiba dan tidak dikenali (tidak pernah berurusan dengan mereka atau tidak berminat dengan produk mereka).
  9. Double check dengan penjual untuk memastikan produk dan fungsi yang anda terima adalah sama seperti yang ditawarkan atau diiklankan ( Contoh : iklan gambar telefon pintar, rupanya glass protector).
  10. Sekiranya produk tidak diterima atau dengan kata lain telah tertipu, buat aduan kepada platform yang anda gunakan atau pihak berkuasa dengan segala bukti rekod yang anda ada.

Diharap tips membeli secara online diatas dapat membantu anda untuk menjadi pembeli yang bijak dan transaksi yang selamat.

Ketahui Bagaimana Scam Panggilan Telefon di Malaysia : https://amirazman.my/scam-panggilan-telefon-di-malaysia.

Jom Baca Kes Scam Penipuan Resit Palsu disini : https://amirazman.my/kes-scam-penipuan-resit-palsu.

Leave a Comment