Duit OnlineKehidupanTeknologi

Kelebihan Aplikasi Setel Petronas

Kelebihan Aplikasi Setel Petronas

Pada kali ini saya ingin kongsikan kelebihan aplikasi Setel Petronas dan bagaimana cara untuk mendaftar aplikasi Setel ini dengan sangat mudah.

Apa itu aplikasi Setel & kelebihan menggunakannya ?

Aplikasi Setel merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Petronas untuk memudahkan lagi pengurusan pengguna semasa berada di stesen Petronas seperti tujuan untuk mengisi minyak, pembelian barangan di kedai Petronas, pembelian insuran/takaful, parking, EV charging, dan pelbagai lagi perkhidmatan berkaitan dengan kenderaan. Selain itu, aplikasi Setel juga menjadi satu dompet digital yang boleh digunakan untuk pembayaran pelbagai.

download aplikasi setel petronas

Muat turun aplikasi Setel disini : https://www.setel.com/ref/g2jzu dan gunakan referral kod g2jzu untuk menerima RM7 secara PERCUMA setelah anda membuat pembelian sekurang-kurangnya RM30 untuk pengisian minyak atau Deliver2Me.

Cara menambah jumlah kredit pada aplikasi Setel juga amat mudah, anda boleh link kad credit/debit anda pada aplikasi ini untuk instant topup, atau anda boleh menggunakan cara lain seperti online banking, Boost Ewallet, GrabPay atau ShopeePay buat masa sekarang.

Anda ada kad Mesra Link ? Anda boleh link kan kad tersebut pada aplikasi ini juga, atau jika tiada boleh gunakan ‘kad digital’ mesra yang di link kan secara percuma pada aplikasi Setel.

Untuk Mesra Membership, terdapat beberapa tahap iaitu Junior, Explorer dan Hero dimana semakin tinggi tahap anda, semakin tinggi points, diskaun dan kelebihan-kelebihan lain seperti yang tertera dibawah.

mesra setel juniormesra setel explorer mesra setel hero
Seperti tertera, terdapat promosi bonus sehingga akhir Jun 2024 dimana bonus point akan diberikan untuk setiap liter pembelian minyak petrol serta diskaun pembelian di Petronas Shop untuk barangan tertentu yang terpilih.

Point yang anda terima boleh ditebus dengan kadar 1 point = 1 sen dan anda hanya boleh membuat penebusan point maksimum sebanyak 15,000 dalam tempoh sebulan, atau dengan kata lainnya RM150 sahaja maksimum penebusan point dalam sebulan. Points yang ditebus akan ditukarkan kepada jumlah kredit pada Setel Wallet.

Selain itu, point tersebut juga boleh ditebus untuk program komuniti amal yang disenaraikan di aplikasi Setel, atau digunakan untuk pembelian pelbagai produk Petronas Shop.

Pada pendapat saya, sekiranya anda sering mengisi minyak petrol di Petronas dan tidak memanfaatkan bonus point ini, pada saya sangatlah rugi lebih-lebih lagi sementara promosi bonus points masih berlangsung sehingga akhir Jun 2024.

Anda boleh download aplikasi Setel disini : https://www.setel.com/ref/g2jzu, dan dapatkan RM7 percuma apabila anda telah membuat pembelian sekurang-kurangnya RM30 pembelian minyak petrol.

Setelah anda mendaftar, anda juga boleh mengajak rakan anda dan menerima RM7 percuma setelah mereka juga melakukan perkara yang sama. Mudah bukan ?

servis aplikasi setelkegunaan aplikasi setel
Anda boleh lihat kandungan aplikasi Setel ini yang sudah semestinya memudahkan pengurusan anda seharian, malah sekiranya terdapat bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melalui ewallet, Setel juga merupakan salah satu ewallet yang boleh digunakan untuk menerima bantuan tersebut.

Diharap perkongsian saya mengenai kelebihan aplikasi Setel yang dibangunkan oleh Petronas pada kali ini dapat dimanfaatkan khususnya kepada pengguna kenderaan yang sering ke stesen Petronas untuk pelbagai perkhidmatan mereka. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan pada ruangan komen dibawah dan saya akan cuba untuk respon secepatnya.

Dapatkan powerbank yang dapat jump starter kereta anda berjenama 70mai Jump Starter/Max Powerbank for Car Emergency Startup disini : https://shope.ee/9KGJTdsS71.

Hati-hati dengan scammer yang mensasarkan pengguna ewallet, ketahui modus operandi mereka disini : https://amirazman.my/scam-menggunakan-ewallet.

2 Comments

Leave a Comment