KehidupanSosial

Langkah Pencegahan COVID-19

Langkah Pencegahan Covid-19

Memandangkan WHO (World Health Organization) telah mengisytiharkan COVID-19 iaitu Coronavirus sebagai pandemik, langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang tepat haruslah dipatuhi untuk mengelakkan daripada penyakit ini tersebar dengan lebih parah. Terdapat beberapa panduan yang saya sertakan dibawah sebagai langkah pencegahan daripada penularan virus COVID-19 ini.

Diantara langkah-langkah pencegahan yang telah diumumkan oleh organisasi kesihatan global ialah :

  • Basuh tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya selama 20 saat. Sekiranya sabun dan air tidak tersedia, and boleh gunakan hand sanitizer yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan juga mulut.
  • Sekiranya anda batuk atau selsema, gunakan tisu dan buang ke dalam tong sampah. Kemudian bersihkan tangan anda.
  • Bersihkan permukaan alatan yang anda gunakan secara berkala seperti peralatan dapur dan ruang kerja.

Jika anda merasakan diri anda tidak sihat :

  • Elakkan daripada bersosial atau keluar berjalan sekiranya anda demam atau batuk. Sekiranya anda daripada kawasan yang menularnya penyakit ini atau daripada luar negara, sila berjumpa dengan pakar kesihatan untuk proses semakan.
  • Hubungi penjaga kesihatan anda atau pakar kesihatan sekiranya anda mempunyai simptom atau kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

face mask coronavirus

Gunakan ‘face mask’ atau topeng muka sekiranya :

  • Anda merupakan pekerja kesihatan yang merawat pesakit COVID-19.
  • Anda merupakan orang yang sihat, tetapi menjaga seseorang yang disyaki dijangkiti COVID-19.
  • Anda mengalami batuk dan selsema.
  • Anda bekerja pada sektor yang melibatkan orang awam dan terbuka.

social distance at workplace corona virus

Apabila ada penyakit sebegini, sudah semestinya komuniti khuatir, tertekan dan ketakutan. Berikut merupakan apa yang boleh anda kongsikan dengan masyarakat setempat anda :

  • Adalah normal untuk merasa khuatir, tertekan, sedih, ketakutan atau marah ketika berlakunya sesuatu krisis. Sentiasa berada bersama dengan keluarga, rakan-rakan dan komuniti yang anda percayai.
  • Sekiranya anda diperlukan untuk berada dirumah, amalkan gaya hidup sihat, makanan yang seimbang, tidur yang cukup dan juga senaman.
  • Elakkan pengambilan alkohol, rokok atau dadah untuk menguruskan emosi anda.
  • Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar kesihatan atau kaunselor. Dapatkan keputusan kesihatan fizikal dan mental sekiranya perlu.
  • Dapatkan informasi dan fakta yang tepat daripada sumber-sumber yang sahih seperti di Telegram Majlis Keselamatan Negara disini : https://t.me/MKNRasmi.

majlis keselamatan negara telegram

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin baru-baru ini, Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) akan berkuatkuasa bermula pada 18-31 Mac 2020 dimana terdapat arahan-arahan yang perlu dipatuhi dalam tempoh ini iaitu :

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
  5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara.
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.

langkah keselamatan covid-19

Anda boleh memuat turun kenyataan media dan perintah sekatan yang lengkap pada channel Telegram Majlis Keselamatan Negara disini : https://t.me/MKNRasmi.

Kemaskini terkini : 17 Mac 2020.

situasi terkini covid-19

Diharap langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan juga arahan-arahan diatas mudah difahami dan dapat dipraktikkan oleh masyarakat di Malaysia untuk mengelakkan lagi daripada penularan COVID-19 yang boleh menggugat nyawa manusia. Semoga Allah jauhkan kita daripada penyakit yang berbahaya ini.

Dapatkan tips membeli secara online disini : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Ketahui kelebihan menjadi Sales Advisor Redone disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Leave a Comment