malas

Saja saya taip post ‘Malas’ ini untuk dapatkan semula rentak dalam berblogging. Inilah masalah apabila kita sudah terlalu lama ‘stop’ melakukan sesuatu, kita akan rasa sangat sukar untuk konsisten semula.

Sebab itulah orang kata, ‘consistent is the key’.

consistent is the key

Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja sendiri dan pada waktu pandemik ini dimana ramai yang sudah mula bekerja secaran ‘remote’ atau bekerja daripada rumah. Pasti terdapat banyak gangguan dalam melaksanakan tugasan atau kerja di rumah memandangkan terdapat anak-anak yang juga masih belajar dari rumah.

Dengan waktu cuti yang panjang, sesi pembelajaran atas talian yang kelihatan kurang efektif dan kekangan seperti peranti pembelajaran serta perkhidmatan rangkaian internet yang kurang memuaskan. Sedikit sebanyak, sudah pasti anak-anak kita sedikit ketinggalan dari segi akademik.

Tidak termasuk pengurusan ekonomi yang terjejas serta pengurusan mental yang juga penting dan perlu dijaga.

Mungkin saya akan buat beberapa blog post pendek untuk mendapatkan ‘mood’ semula dalam menaip dan cuba untuk konsisten setiap hari. Inilah akibatnya apabila sudah terlalu lama berhenti dan tidak konsisten.

Perasaan ‘MALAS’ + ‘BERTANGGUH’ semakin menjadi-jadi. Punyalah bertangguh sampai berbulan tangguh. Tak patut sungguh.

Sudah masuk ke tahun baru 2022, saya berharap tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun lepas. Dapat capai target-target yang sepatutnya dan target-target baru untuk tahun ini.

Semoga kita terus konsisten dan istiqomah.

Baca Post ‘Blog Pada Masa Akan Datang’ disini : https://amirazman.my/blog-pada-masa-akan-datang.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Malaysia : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment