SosialTeknologi

Masalah Interface Facebook 2020

facebook interface 2020

Baru-baru ini saya telah menerima invitation untuk mencuba interface Facebook 2020 yang baru yang saya boleh katakan interface design yang boleh dikatakan minimalist dan cenderung kepada design yang sesuai dengan versi mobile. Daripada invitation yang diberi oleh Facebook ini, design terbaru Facebook dikatakan :

  • Lebih pantas.
  • Lebih simple dan tulisan yang lebih besar.
  • Dilengkapi dengan Dark Mode.

facebook new design 2020

 

Ingin saya jelaskan terlebih dahulu bahawa pengalaman penggunaan ini adalah daripada pengalaman penggunaan saya sendiri dimana mungkin tidak sama dengan pengalaman orang lain berdasarkan kemas kini terbaru daripada pihak Facebook. Ini juga merupakan pengalaman keseluruhan saya menggunakan Facebook daripada sebelum ini.

  1. Section Stories yang semakin mengambil ruang pada ruangan atas news feed.
    Pada pendapat saya, section stories pada Facebook perlu dipaparkan pada tab yang berbeza dan tidak bercampur pada news feed atau ruangan untuknya boleh dihadkan lagi seperti sebelum ini.Pada awal sewaktu Facebook mula melancarkan Stories, saiznya tidaklah sebesar yang sekarang ini sama ada pada versi mobile mahupun desktop. Saya kurang pasti berkenaan penggunaan orang lain, tapi bagi saya post Stories yang mana kebanyakannya hanyalah posting berbentuk gambar dan tidak beberapa penting informasinya berbanding yang dipaparkan pada news feed.
  2. Masalah ketika ingin create post atau edit post.
    Masalah ini bagi saya agak kritikal juga. Terlalu sukar untuk edit post semasa ianya sedang ditaip atau apabila menggunakan fungsi edit post. Keadaannya seperti di’paksa’ untuk menukar bahagian terakhir post walaupun anda ingin mengubah sesuatu pada pertengahan post. Saya ada sediakan video dibawah untuk rujukan.
  3. Masalah fungsi yang berkenaan dengan versi mobile seperti pembayaran dan sebagainya.
    Saya ada cuba untuk membuat pembelian stars melalui button Buy Stars, tetapi option pembelian star yang diberikan pada new design dan juga mobile memaparkan nilai yang berbeza dan pembelian tidak dapat dibuat menggunakan credit atau debit card dimana error occurred akan dipaparkan.Walaupun begitu, saya ada cuba untuk menggunakan mobile untuk pembelian star dan ianya berjaya tetapi credit atau debit card akan dicas melalui Google Play.

Selain daripada masalah diatas, terdapat juga design interface terbaru yang dibangunkan oleh Facebook yang agak menarik sebagai contohnya Facebook Messenger yang terbaru. Facebook Messenger pada interface terbaru ini dipaparkan lebih kurang sama seperti yang digunakan pada versi mobile.

facebook messenger

Seperti yang saya katakan, paparan yang disediakan pada interface terbaru ini agak minimalist dan kelihatan seperti versi mobile.

facebook account setting

Dan juga fungsi yang mungkin diminati oleh ramai pengguna, iaitu Dark Mode. Malang bagi saya, fungsi ini bagi saya lebih menyakitkan mata dan memang saya tidak gunakan fungsi sebegini di mana-mana aplikasi pun yang saya gunakan.

facebook dark mode

Saya telah pun menghantar beberapa feedback kepada pihak Facebook berkenaan beberapa isu yang seharusnya diperbetulkan dan saya akan switch kembali kepada classic Facebook untuk menggunakan facebook design interface versi lama semula. Menu tab baru, interface baru ini agak makan masa untuk pengguna baru ‘hadam’ dan mungkin agak memeningkan kerana agak berbeza dengan interface yang sedia ada.

Apa pendapat anda dengan interface Facebook 2020 yang terbaru ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jejak Kehilangan Telefon Pintar Anda Disini : https://amirazman.my/telefon-pintar-anda-hilang.

Jom baca kepentingan laman web dalam perniagaan disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment