KehidupanTeknologi

Masalah Noise Pada USB Speaker

Masalah Noise Pada USB Speaker

Pada review Vinnfier Icon 808 BTR sebelum ini, saya pernah mengatakan isu berkenaan masalah noise pada USB Speaker tersebut, jadi baru-baru ini saya ada beli speaker Sonic Gear TITAN 3 BTMI, speaker yang juga ada fungsi Bluetooth dengan harapan supaya masalah noise ini akan hilang. Tetapi, harapan hanya tinggal harapan, masih lagi ada noise. Haha.

Kalau dah beli speaker baru pun noise masih ada, sebenarnya masalah apa ni ? Memang speaker ni masalah, aliran elektrik yang saya gunakan ada masalah, atau motherboard saya yang bermasalah ?

Nak kata motherboard yang bermasalah, tetapi cable audio saya cucuk di monitor. Pening-pening. Haha.

Jadi saya pun buatlah beberapa test dengan USB tersebut dengan cara cucuk pada kesemua port USB dan recognise adakah kesemua port dicucuk still akan ada bunyi noise. Ya, semua port masih ada bunyi noise apabila digunakan. USB Extension punya port pun saya cuba. Haha.

charger iphone

Then finally, teringat nak test cucuk dekat charger telefon. And then the result is, the noise 100% gone.

Hampeh, siap beli speaker baru yang lebih mahal, rupa-rupanya isunya dari USB sahaja.

So guys kalau ada masalah noise semasa gunakan Speaker jenis pakai USB especially yang ada fungsi Bluetooth, boleh try plug in USB tu dekat mana-mana USB plug yang sesuai. Macam saya, saya gunakan plug charger iPhone lama yang still gunakan USB port tu. Haha.

Saya juga ada bertanyakan mengenai isu ini di group PC Gaming Community Malaysia untuk kenalpasti apakah punca sebenar ianya terjadi dan jawapan yang paling sesuai ialah ‘ground loops’ memandangkan power source yang digunakan adalah daripada sumber yang sama. Jadi anda boleh gunakan plug USB berbeza untuk menyelesaikan isu ini. Ada juga yang menyarankan pembelian ferrite noise filter untuk digunakan, tetapi saya masih belum mencuba cara ini lagi sama ada berjaya atau tidak.

ferrite noise filter

Mungkin post ini akan membantu anda untuk memahami isu ini dengan lebih baik : https://www.techhive.com/article/3063590/how-to-get-rid-of-hum-and-eliminate-other-noises-from-your-audio-and-video-systems.html.

Diharap post pada kali ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah noise pada USB Speaker dalam menyelesaikan masalah tersebut dan memberi input kepada pembaca. Jangan jadi seperti saya, membazir sampai beli speaker baru, baru realize puncanya daripada mana. Haha.

Masalah BIOS Has Been Reset : https://amirazman.my/masalah-bios-has-been-reset.

Web Hosting Murah & Berkualiti Malaysia : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment