KehidupanTeknologi

Masalah Skrin Laptop Tidak Hidup

masalah skrin laptop tidak hidup

Pernah atau tidak anda mengalami masalah skrin laptop tidak hidup ? Tetapi yang saya ingin tekankan disini bukanlah masalah yang disebabkan oleh skrin, tetapi daripada masalah hard disk. Terdapat beberapa kemungkinan yang berlaku apabila skrin laptop tidak hidup. Antaranya :

  1. Skrin rosak. Sekiranya laptop anda memang mempunyai skrin laptop yang mempunyai simptom seperti pecah, retak, gambaran yang ditunjuk tidak sempurna dan sebagainya, sebaiknya anda semak sama ada anda perlu menukar skrin laptop baru ataupun tidak.
  2. RAM bermasalah atau tidak dapat dibaca oleh laptop.
  3. Hard disk bermasalah dan skrin tiada signal apa-apa.

masalah laptop pc gaming malaysia

Masalah daripada hard disk ini adalah masalah yang agak jarang berlaku tetapi berlaku kepada saya baru-baru ini ketika ingin menukar hard disk laptop rakan saya kepada SSD Sata. Antara simptom yang ada pada laptop yang mempunyai masalah hard disk ini antaranya :

  • Semasa menghidupkan laptop, kipas berpusing seperti biasa, tetapi tiada apa-apa pada skrin walaupun cahaya berwarna hitam.
  • Apabila menggunakan external monitor melalui wayar VGA/HDMI, tiada signal yang dapat dipaparkan.
  • Notifikasi icon seperti CAPS LOCK hidup dan tidak dapat dimatikan semasa menghidupkan laptop.
  • Saya cuba reseat RAM, Hard Disk tetapi masih mempunyai masalah yang sama.

Saya sertakan beberapa contoh masalah ini daripada Youtube seperti dibawah :

Saya kurang pakar berkenaan komputer, tetapi tahu juga serba sedikit berkenaan komponen-komponen komputer. Antara yang saya buat dan tidak berjaya adalah seperti cubaan masuk ke sistem BIOS memandangkan ini adalah basic yang perlu ada untuk complete komponen laptop untuk dihidupkan. Macam mana nak masuk BIOS kalau memang tak boot up pun BIOS, skrin tak ada apa-apa cahaya langsung.

Jadi apa yang saya lakukan untuk selesaikan masalah skrin laptop tidak hidup ini ?

Saya gunakan disk reader dan cuba untuk read hard disk tersebut menggunakan laptop lain, dan berjaya read. Nasib baik saya memang ada banyak peralatan-peralatan tambahan komputer memandangkan memang berkecimpung dalam bidang IT. Apabila berjaya read data disk tersebut, saya masukkan semula pada tempat hard disk laptop asal dan cuba boot. Terdapat beberapa error data yang diperbetulkan oleh check disk scan dan boleh boot seperti biasa.

hard disk reader cloning dock

Ya, ini hard disk reader yang saya guna. Boleh guna untuk cloning dock HDD sekali. Hard disk laptop boleh je guna sebab sama guna SATA.

Dan akhirnya laptop tersebut berjaya dihidupkan dengan sempurna. Sistem BIOS berjaya load dan Windows juga berjaya startup. Ada beberapa disk scan memandangkan ada fail-fail yang telah rosak sama ada security/permission issue dan lain-lain dan tiada masalah apabila restart/reboot dan sebagainya.

Jadi saranan saya apa yang perlu anda buat apabila skrin laptop tidak hidup mengikut urutan prioriti :

  1. Cuba guna external monitor. Kalau boleh gunakan external monitor, mungkin skrin laptop/wayar dalaman skrin anda yang problem, jadi ganti skrin baru. Kalau setiap kali on laptop external monitor kelihatan cuba detect tetapi dipaparkan tiada signal, boleh terus ke nombor 3.
  2. Semak butang brightness atau butang switch off monitor (kebiasaaannya Fn+F7 pada laptop tertentu) sekiranya anda tidak sengaja switch off.
  3. Sekiranya external monitor tidak detect signal juga, anda cuba reseat semula RAM dan hard disk anda dan cuba hidupkan laptop.
  4. Sekiranya masih tidak hidup, cuba read hard disk menggunakan hard disk reader pada komputer lain. Semak sama ada hard disk boleh digunakan dan dibaca atau tidak.
  5. Jika disk reader boleh membaca disk tersebut, cuba masukkan semula disk ke tempat asal laptop dan cuba hidupkan, sama ada boleh boot BIOS/Startup windows atau tidak.

Sekiranya ada masalah-masalah berkaitan komputer atau inginkan informasi tambahan berkenaan komputer dan gaming di Malaysia, saya sarankan sertai group FB ini : PC Gaming Community Malaysia atau Malaysia PC Gaming Community. Diharap post ini dapat membantu sekiranya anda mengalami masalah skrin laptop atau monitor yang tidak menerima signal.

Berminat untuk memasang Unifi Fibre di rumah anda ? Boleh lihat disini : https://amirazman.my/unifi-menawarkan-internet-percuma atau Whatsapp 0177860670 untuk semakan dan pemasangan dirumah anda.

4 Comments

  1. Yana

Leave a Comment