KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Cara Menggunakan App Touch N Go

Cara Menggunakan App Touch N Go

Pada post kali ini saya akan memberikan tutorial atau cara menggunakan App Touch N Go eWallet dan juga cara menggunakan IC/Mykad atau kad Touch N Go pada aplikasi tersebut. Touch N Go merupakan salah satu aplikasi e-wallet yang semakin hari semakin diterima oleh pengguna di Malaysia dan baru-baru ini 7 Eleven juga telah sedia menerima kaedah pembayaran ini.

Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh Touch N Go dalam memperkenalkan aplikasi ini kepada umum diantaranya memberikan tambah nilai secara percuma dan lain-lain. Selain itu, promosi dengan menggunakan aplikasi Touch N Go ini juga ada kalanya menarik dengan tawaran harga yang sangat rendah.

promosi touch n go ewallet

Pertama sekali anda boleh download aplikasi Touch N Go pada Google Playstore atau Apple Store. Anda boleh klik link dibawah untuk mendownload aplikasi ini.

Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tngdigital.ewallet&hl=en.
Apple Store : https://itunes.apple.com/my/app/touch-n-go-ewallet/id1344696702?mt=8.

Untuk menerima rebate toll 100% sebanyak 3 kali, semasa pendaftaran aplikasi ini anda boleh menggunakan referral code : mjwp4p atau klik disini : https://cdn.tngdigital.com.my/promotion/TRANSIT_tollcashback.html?#/m2m?code=jnajqc&showcode=jnajqc.

cara tambah nilai touch n go

Selepas download aplikasi tersebut, anda boleh menambah nilai baki didalam aplikasi ini dengan beberapa cara seperti :

  • Menggunakan debit atau credit card.
  • Menggunakan TNG reload pin.
  • Menggunakan Auto-reload.

fungsi touch n go apps ewallet

Untuk membuat transaksi atau pembayaran menggunakan aplikasi ini, sangat mudah. Terdapat fungsi seperti Scan atau Pay yang akan menggunakan QR Code Scanner dan secara automatik anda boleh menerima atau membuat pembayaran secara mudah dan pantas. Selain itu, terdapat juga fungsi Transfer dimana pengguna boleh memindahkan baki tambah nilai dalam ewallet kepada pengguna yang lain.

cara masukkan mykad dalam apps touch n go

Kebanyakan pengguna Touch N Go ‘tradisional’ tertanya-tanya bagaimana cara untuk menggunakan kad Touch N Go atau MyKad pada aplikasi ini. Aplikasi Touch N Go Ewallet ini boleh diintegrasikan dengan kad fizikal Touch N GO atau MyKad dengan cara seperti berikut.

cara add card touch n go ewalletcara add mykad touch n go ewallet

Untuk pemilik kad Touch N Go, anda boleh add card dengan mengisi maklumat serial number pada kad Touch N Go manakala untuk pengguna MyKad pula, anda perlu melihat pada resit tambah nilai Touch N Go yang boleh anda lakukan sama ada di Petronas atau 7 Eleven dengan mengisi MFG NO yang tertera pada resit tersebut. Saya akan paparkan gambaran resit tersebut pada ruangan dibawah.

resit touch n go mfg no

Antara maklumat penting yang boleh anda lihat pada aplikasi ini ialah maklumat seperti jumlah baki tambah nilai pada kad dan juga senarai transaksi yang telah dibuat menggunakan aplikasi ini.

Baru-baru ini juga kedengaran PLUS Malaysia Berhad akan menutup lorong tambah nilai sempena musim perayaan bagi melancarkan pergerakan trafik. Untuk mengurangkan kesesakan di lebuhraya, saya sarankan pengguna agar memudahkan urusan diri sendiri dan juga orang lain dengan cara bersiap sedia supaya proses pembayaran dapat dilakukan dengan pantas dan lancar.

kelancaran toll touch n go ewallet

Dan aplikasi Touch N Go ini adalah salah satu daripadanya. Gunakan referral code : mjwp4p atau klik disini : https://cdn.tngdigital.com.my/promotion/TRANSIT_tollcashback.html?#/m2m?code=jnajqc&showcode=jnajqc untuk menerima 100% rebate toll sebanyak 3 kali.

Diharap post tutorial atau cara menggunakan app Touch N Go pada kali ini dapat memberi manfaat kepada pengguna dan memudahkan urusan harian kepada para pengguna memandangkan kaedah pembayaran melalui apps ini semakin meluas dari hari ke hari. Malaysia kearah Cashless Society.

Jom baca Kelebihan Portal Online MyASNB disini : https://amirazman.my/kelebihan-portal-online-myasnb.

No Responses

Leave a Comment