KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Tip Penjimatan Bateri Telefon Pintar

Tip Penjimatan Bateri Telefon Pintar

Mahukan tip penjimatan bateri telefon pintar ? Sudah penat mengusung power bank ke sana ke mari ? Haha. Terdapat pelbagai cara yang dapat menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar namun bergantung juga kepada kapasiti bateri telefon pintar dan juga style penggunaan telefon pintar itu sendiri.

Telefon pintar terkini menggunakan lithium ion atau dikenali juga sebagai Li-on yang mana ianya boleh dicas dengan pantas, tahan lama, dan mempunyai power density yang tinggi.

Kebiasaannya telefon pintar pada masa kini mempunyai kapasiti bateri 3500 mAh dan keatas dan style penggunaan yang sederhana dapat memberikan jangka masa penggunaan yang lebih lama. Sekiranya pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk kegunaan yang berat seperti gaming yang memerlukan processor untuk bekerja pada tahap maksimum akan memberikan jangka masa penggunaan yang lebih singkat.

Antara cara dan tip penjimatan bateri telefon pintar yang saya sering lakukan :

  1. Nyahaktifkan penggunaan mobile data internet sekiranya anda tidak menggunakannya. Penggunaan mobile data antara penyumbang kepada penggunaan bateri yang tinggi. Prioritikan penggunaan Wifi sekiranya tersedia kerana ianya lebih menjimatkan berbanding penggunaan mobile data. Gunakan Wifi assistant sekiranya ada.
    tips penjimatan bateri telefon pintar
  2. Nyahaktifkan portable hotspot sekiranya tidak digunakan. Anda boleh aktifkan fungsi ‘Turn off hotspot automatically’ dimana fungsi ini akan menyahaktifkan portable hotspot secara automatik jika tiada peranti menggunakan sambungan portable hotspot tersebut.
    cara menggunakan portable hotspot wifi
  3. Aktifkan mode Battery Saver dimana mode ini akan mengehadkan aplikasi sistem, menyahaktifkan background services seperti GPS serta mengosongkan cache apabila telefon pintar tidak digunakan. Selain itu anda boleh aktifkan fungsi ‘Use Adaptive Battery’ untuk mengehadkan penggunaan bateri kepada aplikasi yang jarang digunakan.
    fungsi battery saver phone
    use adaptive battery setting
  4. Pengurangan brightness atau kecerahan telefon pintar anda dapat mengurangkan penggunaan bateri secara tak langsung menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar anda. Anda boleh lihat fungsi ini pada menu Display/Appearance atau Paparan.
    change brightness level phone
  5. Nyahaktifkan fungsi GPS, Bluetooth dan NFC sekiranya tidak digunakan. Walaupun kedua-dua fungsi ini bukanlah penyumbang terbesar kepada penggunaan bateri, namun sedikit sebanyak dapat menjimatkan penggunaan bateri. Boleh lihat fungsi-fungsi ini pada bahagian Setting atau Tetapan pada menu telefon pintar anda.
    cara disable gps android
    cara disable nfc android
    cara off bluetooth telefon pintar
  6. Gunakan earphone atau headphone. Penggunaan speaker dengan volume yang tinggi pada telefon pintar juga boleh menyebabkan battery drain dengan pantas lagi-lagi apabila penggunaan gaming dan media seperti muzik. Anda pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara apabila menggunakan earphone atau headphone berbanding dengan speaker pada telefon pintar itu sendiri.

Diharap tip yang saya berikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar anda. Bagaimana pula dengan anda ? Ada tip-tip lain penjimatan penggunaan bateri telefon pintar yang boleh anda kongsikan ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Mahukan Simkad Dan RM20 Percuma Daripada Yoodo ? Klik disini : https://topupniaga.com/simkad-dan-rm20-percuma-daripada-yoodo.

Jom baca ‘Tips Menjimatkan Penggunaan Internet’ disini : https://amirazman.my/tips-menjimatkan-data-internet.

2 Comments

Leave a Comment