KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Jenis-Jenis Kamera Telefon Pintar

Jenis-Jenis Kamera Telefon Pintar

Jenis-jenis kamera telefon pintar juga semakin bertambah seiring dengan arus kemajuan teknologi dunia. Jika anda sering mengikuti perkembangan syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar seperti Huawei, Xiaomi, Apple, Samsung, Oppo dan beberapa syarikat terkemuka yang lain, pasti anda lihat bagaimana mereka bersaing mengeluarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang menarik dan terkini.

Antara kemajuan spesifikasi yang sering dipertontonkan dan menjadi faktor pengukur pengguna untuk memilih telefon pintar ialah daripada spesifikasi kamera. Jika beberapa tahun lepas telefon pintar dengan 1 kamera sahaja adalah normal, untuk tahun 2019 ini tidak lagi. Pada tahun ini, kebanyakan syarikat pengeluar telefon pintar telah mengeluarkan telefon pintar dengan kamera sebanyak 3 hingga 4 jenis tidak termasuk kamera selfie.

Ini tidak termasuk mode tambahan yang disediakan oleh pengeluar telefon pintar seperti Night Mode, Slowfie Mode, Potrait Mode, Panorama Mode, Pro Mode, Short Video Mode dan Slow Motion Mode serta penggunaan teknologi Augmented Reality yang semakin diterima umum. Ingin tahu apa itu augmented reality ? Kebanyakan filter di instagram contohnya yang viral pada bulan lepas ada gambar anjing tidur di merata-rata tempat tu. Haha.

Contoh gambar night mode telefon pintar huawei p30 pro

Contoh gambar night mode telefon pintar Huawei P30 Pro. Sumber : https://www.gsmarena.com/huawei_p30_pro-review-1910p7.php.

Diantara jenis-jenis kamera telefon pintar yang sering digunakan ialah :

  1. Wide
  2. Ultrawide
  3. Telephoto
  4. Macro
  5. Depth Sensor

Wide kamera kebiasaannya digunakan untuk mengambil gambar menggunakan kamera utama dengan normal manakala Ultra Wide kamera pula sesuai digunakan untuk mengambil gambar seperti gambar landskap atau berkumpulan memandangkan mempunyai sudut perincian yang lebih lebar dan luas. Selain itu, Depth Sensor kamera berfungsi untuk menghasilkan perincian gambar berdasarkan jarak fokus imej yang dihasilkan.

contoh gambar ultrawide kamera telefon pintar

Contoh gambar ultrawide kamera telefon pintar Redmi Note 8 Pro. Sumber : https://www.gsmarena.com/xiaomi_redmi_note_8_pro-review-1997p5.php.

contoh gambar wide kamera iphone 11 pro

Contoh gambar wide kamera  telefon pintar Iphone 11 Pro. Sumber : https://www.gsmarena.com/apple_iphone_11_pro_max-review-1991p6.php.

Telephoto kamera pula kebiasaannya digunakan untuk mengambil gambar jarak jauh dengan lebih jelas dan Macro kamera pula untuk mengambil gambar jarak dekat seperti serangga atau tumbuhan dengan perincian gambar yang lebih tajam dengan jarak dekat. Bagaimanapun perbezaan ini berdasarkan nilai focal length yang tertentu yang menentukan perbezaan antara setiap jenis kamera telefon pintar.

contoh gambar macro kamera telefon pintar

Contoh gambar macro kamera telefon pintar Realme X2 Pro. Sumber : https://www.gsmarena.com/realme_x2_pro-review-2012p5.php.

contoh gambar telephoto kamera telefon pintar huawei mate 30 pro

Contoh gambar telephoto kamera telefon pintar Huawei Mate 30 Pro. Sumber : https://www.gsmarena.com/huawei_mate_30_pro-review-1995p6.php.

Buat masa sekarang, diatas adalah jenis-jenis kamera telefon pintar yang sering ditawarkan oleh pengeluar telefon pintar terkemuka untuk lineup telefon pintar terkini sehingga penghujung tahun 2019. Pada pendapat anda, jenis kamera yang manakah yang menjadi prioriti utama anda untuk memiliki sebuah telefon pintar ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Inginkan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 22 GB hanya RM28/bulan ? Klik disini : https://topupniaga.com/redone-memperkenalkan-pelan-data28.

Dapatkan simkad dan RM20 percuma daripada Yoodo disini : https://topupniaga.com/simkad-dan-rm20-percuma-daripada-yoodo.

Ketahui Tip Penjimatan Bateri Telefon Pintar disini : https://amirazman.my/tip-penjimatan-bateri-telefon-pintar.

Leave a Comment