BisnesKehidupanSosialTeknologi

Pengalaman Di Ban Oleh Whatsapp

pengalaman di ban oleh whatsapp

Baiklah, kali ini saya akan kongsikan pengalaman di ban oleh Whatsapp baru-baru ini pada 23 November 2019 iaitu beberapa hari yang lepas. Akaun Whatsapp saya yang di ban bukanlah jenis Whatsapp Messenger biasa, tetapi Whatsapp Business. Jadi pada Whatsapp Business ini ada terma dan polisi tambahan memandangkan mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak berbanding Whatsapp biasa.

Whatsapp Business ada mengeluarkan ciri-ciri yang menarik untuk memudahkan urusan perdagangan (commerce) dengan mewujudkan fungsi Catalogue. Sebelum ini saya pernah kongsikan di FB saya mengenai fungsi Catalogue dan juga percubaan saya menggunakannya.

Cara untuk add Catalogue pada Whatsapp Business :

  1. Login Whatsapp Business.
  2. Setting -> Business Settings -> Catalogue.
  3. Add Catalogue
  4. Verifikasi produk dari pihak Whatsapp Business.

catalogue whatsapp business

Sangat bagus ciri-ciri terbaru yang diberikan pada Whatsapp Business ini. Informasi boleh diberikan kepada pelanggan atau prospek dengan mudah dan pantas. Antara maklumat yang boleh dimasukkan pada bahagian Catalogue adalah :

  1. Nama Servis/Produk.
  2. Harga Servis/Produk.
  3. Informasi berkenaan Produk.
  4. Gambar Produk.
  5. Servis Kod Servis/Produk.

Okay masuk point, nak dijadikan cerita beberapa hari selepas masukkan catalogue tu, akaun Whatsapp saya di ban secara tiba-tiba. Maka bermulalah sesi pujuk memujuk dengan pihak Whatsapp untuk mendapatkan semula akaun Whatsapp utama saya ini.

whatsapp business banned

Apabila di ban oleh Whatsapp, harapan untuk mendapatkan akaun tersebut amatlah tipis lagi-lagi apabila disebabkan oleh rules spam messages. Tetapi setelah follow up dengan pihak Whatsapp, mereka menyatakan saya melanggar polisi Commerce. Nah… confirm puncanya dari catalogue.

Saya sertakan pautan polisi Commerce tersebut disini : https://www.whatsapp.com/legal/commerce-policy.

Jadi apa yang saya lakukan, saya berikan maklumat servis dan produk yang telah saya senaraikan pada catalogue sebelum ini dan akhirnya..

whatsapp unban

Whatsapp berikan semula saya akses dengan produk catalogue yang masih wujud. Jadi untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang, saya terus delete sahaja catalogue tersebut. Walaupun tidak diberitahu sebab sebenar mengapa akaun Whatsapp Business ini di ban, tetapi jangkaan saya berkemungkinan produk topup yang saya masukkan itu dianggap sebagai gambling atau perjudian.

Oleh itu, untuk mereka yang ingin mempromosikan servis atau produk, pastikan tidak melanggar mana-mana syarat, terma atau polisi yang ditetapkan oleh pihak Whatsapp. Sekiranya boleh, jangan masukkan produk yang mungkin mengelirukan pihak Whatsapp atau berkemungkinan akaun anda akan di ban sekurang-kurangnya 2 hari . Itu yang terjadi pada saya.

Pernahkah anda punyai pengalaman di ban oleh Whatsapp ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Jom baca Jenis-jenis Kamera Telefon Pintar disini : https://amirazman.my/jenis-jenis-kamera-telefon-pintar.

Leave a Comment