Anda selalu mengalami masalah WiFi yang sering hilang ?
Masalah sebegini saya boleh katakan tidak asing lagi bagi pengguna WiFi lebih-lebih lagi di rumah atau di pejabat. Terdapat pelbagai faktor mengapa perkara ini terjadi dan setiap daripadanya mempunyai solusi yang berbeza.
Kebiasaannya untuk menyemak punca masalah ini, saya akan gunakan connection secara cable ethernet pada modem dan juga WiFi. Dengan cara ini kita dapat lihat adakah modem tersebut bermasalah atau setting WiFi kita yang sebenarnya bermasalah.
Sekiranya WiFi anda kebiasaannya hilang atau disconnect secara rawak tetapi connection cable tiada masalah, berkemungkinan besar masalah berlaku pada setting WiFi itu sendiri.
Dibawah adalah solusi yang mungkin anda boleh aplikasikan untuk perbaiki masalah WiFi anda dirumah.
- Pastikan modem mendapat pengudaraan yang baik.
Modem perlulah mendapat pengudaraan yang baik memandangkan peralatan ini kebiasaannya digunakan 24 jam sehari dan bertahun-tahun tanpa henti. Sekiranya modem terlalu panas, modem akan reboot secara automatik dan pada waktu inilah terdapat kemungkinan anda sedar mengenai masalah WiFi yang tiba-tiba hilang. Kebiasaaannya isu ini mengambil masa sekitar 1~2 minit sebelum anda berjaya membuat sambungan WiFi semula.
Elakkan juga daripada menindih modem dengan peralatan lain atau buku untuk memastikan pengudaraan dalam keadaan yang baik.
- Kedudukan modem WiFi yang sesuai di rumah.
Kedudukan modem juga memainkan peranan besar dalam memastikan coverage WiFi yang anda gunakan menerima signal yang kuat. Signal yang kuat memastikan connection WiFi anda stabil. Signal coverage yang lemah antara faktor besar mengapa latency atau ping anda tinggi.
Anda boleh letakkan modem di bahagian tengah rumah yang lapang atau gunakan Mesh WiFi untuk memperbesarkan lagi coverage WiFi di rumah anda sekiranya anda tidak mencapai full signal coverage WiFi pada device anda. Coverage WiFi 5GHz yang menyokong kelajuan lebih tinggi tidaklah sebesar coverage WiFi 2.4GHz namun untuk penggunaan normal, WiFi 2.4GHz sudah mencukupi.
- Setting channel Pada WiFi.
Setting channel pada WiFi juga memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan WiFi di rumah anda. Sekiranya WiFi anda menggunakan channel yang salah, terdapat kemungkinan WiFi anda akan hilang secara rawak atau tidak dapat disambung pada device anda.
Sebagai contoh, sebelum ini saya pernah buat 1 post berkenaan Nintendo Switch yang hanya boleh connect pada WiFi 5GHz yang menggunakan channel 149 ke bawah sahaja. Anda boleh baca post tersebut disini : https://amirazman.my/masalah-nintendo-switch-wifi-5ghz.
Untuk mengelakkan daripada masalah ini terjadi, anda boleh cuba untuk set channel WiFi kepada 1, 6 atau 11 untuk 2.4GHz dan channel bawah daripada 50 untuk 5GHz dan elakkan daripada menggunakan Auto kerana berkemungkinan modem akan gunakan channel yang tidak sesuai seperti yang saya nyatakan diatas.
Jika anda mengikuti tips yang saya berikan ini, mungkin penggunaan WiFi di rumah anda akan bertambah baik walaupun anda masih menggunakan modem yang diberikan secara percuma semasa pemasangan oleh pihak ISP. Sekiranya masih bermasalah, anda boleh adukan masalah tersebut kepada ISP anda untuk semakan dari pihak mereka dengan lebih terperinci.
Saya faham ramai yang kurang berpuas hati dengan pengalaman bersama khidmat pelanggan ISP memandangkan mereka bekerja berdasarkan SOP diberi dan kadang-kala ianya makan masa dan leceh. Oleh itu, anda boleh kongsikan masalah anda pada ruangan komen dibawah dan saya akan cuba untuk reply atau mungkin akan ada yang lebih pakar akan reply solusi yang dapat membantu anda.
Diharap perkongsian saya pada kali ini bermanfaat dan sedikit sebanyak membantu menambah baik pengalaman penggunaan Unifi anda di rumah mahupun pejabat lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan masalah WiFi yang sering hilang ini.
Ingin mendaftar Unifi Fibre dirumah anda ? Klik disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-unifi.
Dapatkan Mesh WiFi dari Unifi Dengan Pembelian Melalui Addon Unifi Serendah Rm15/bulan disini : https://amirazman.my/tutorial-pembelian-addon-unifi.
Masalah signal WiFi anda lemah ? Gunakan Mesh WiFi ini : https://shope.ee/5AK613WlmK