Sebagai pengguna Nintendo Switch, pernah atau tidak anda mengalami masalah untuk membuat sambungan kepada Wifi 5GHz anda ? Masalah ini hanya berlaku kepada sambungan Wifi 5GHz sahaja, manakala sambungan kepada Wifi 2.4GHz saya boleh katakan hampir keseluruhan kali sambungan dibuat, akan berjaya melainkan terdapat isu lain seperti modem internet bermasalah dan sebagainya.
Mengapa sambungan Wifi 5GHz ini penting ? Wifi 5GHz memberikan kelajuan internet yang lebih tinggi berbanding Wifi 2.4GHz tetapi mempunyai rangkaian yang tidak seluas 2.4GHz. Saya ada membuat post berkaitan perbezaan sambungan Wifi 2.4GHz dan 5GHz disini : https://amirazman.my/speed-unifi-tidak-seperti-dijanjikan.
Masalah yang berlaku kepada saya ialah rangkaian Wifi 5GHz ini tidak dapat disambung atau tidak terpapar pada senarai rangkaian yang dijumpai. Saya ingatkan ini mungkin masalah yang memerlukan saya reboot modem internet atau Nintendo Switch sahaja, tetapi ianya agak sering terjadi. Saya ada terbaca komen di Reddit berkenaan sesetengah region seperti Jepun mengehadkan Nintendo Switch menggunakan Wifi 5GHz pada channel bawah dari 149 dan ya, set Nintendo Switch saya bukanlah set daripada region Singapore/Malaysia.
Sumber : https://www.reddit.com/r/NintendoSwitch/comments/acn4xz/switch_will_only_connect_to_24ghz_network.
Untuk menyelesaikan masalah sambungan Nintendo Switch menggunakan Wifi 5GHz ini :
- Login modem D-Link DIR-842 yang diberikan oleh Unifi semasa pemasangan ini disini : http://192.168.0.1 (setiap modem mungkin mempunyai akses login modem yang berbeza, rujuk instruction pada modem.
- Login modem dan pada menu Settings, klik pada pilihan Wireless.
- Klik pada Advanced Settings pada bahagian 5GHz.
- Pada bahagian Wi-Fi Channel, kebiasaannya akan diset sebagai Auto. Ini yang berkemungkinan ada waktu Nintendo Switch boleh membuat sambungan, dan ada kalanya gagal. Tukarkan kepada Channel 149 kebawah. Seperti contoh dibawah, saya tukar kepada Channel 128 dan klik butang Save.
- Selepas save, Wi-Fi akan restart dan Nintendo Switch dapat menyambung kepada rangkaian Wifi 5GHz tanpa sebarang masalah.
Saya harap langkah-langkah diatas dapat membantu anda menggunakan sambungan 5GHz pada Nintendo Switch anda sebaiknya untuk mendapatkan kelajuan memuat turun permainan yang anda inginkan dengan lebih pantas. Saya kurang pasti sama ada set region Singapore/Malaysia mengalami masalah yang sama atau tidak, anda boleh mencuba langkah-langkah diatas sekiranya mengalami masalah yang sama.
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia masih lagi dilanjutkan sehingga 28 April 2020, Nintendo Switch antara platform gaming yang ‘hot’ untuk pemilik konsol Nintendo Switch menghabiskan masa lapang ketika berada di rumah. Harga jualan Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite di laman E-Commerce juga pada waktu ini agak tinggi berbanding dengan harga pada waktu kebiasaannya.
Saya akan senaraikan beberapa group Facebook yang menghimpunkan komuniti berkenaan Nintendo Switch dibawah :
- Nintendo Switch Malaysia Market : https://www.facebook.com/groups/102482257231015
- Nintendo Switch Malaysia : https://www.facebook.com/groups/1924612381097521
- Nintendo Switch Malaysia Group : https://www.facebook.com/groups/250971408674059
Teruskan berada dirumah, amalkan penjarakkan sosial, semoga pandemik COVID-19 ini akan berakhir dengan segera dan kehidupan sosial akan kembali normal.
Jom baca review penggunaan awal Nintendo Switch saya disini : https://amirazman.my/review-nintendo-switch-di-malaysia.
Ketahui cara menebus data internet percuma disini : https://topupniaga.com/cara-menebus-data-internet-percuma.
Nintendo Switch OLED Model Console 1 Year Maxsoft Warranty : Dapatkannya disini.
Nintendo Switch Lite Zelda / Animal Crossing Special Edition : Dapatkannya disini.
Nintendo Switch Pro Controller (Grey/Xenoblade/Splatoon/Smash Brothers/Pikachu/Yellow) : Dapatkannya disini.