Pada kali ini saya akan review portable game console Nintendo Switch yang baru saya dapatkan dalam bulan lepas untuk mengisi masa semasa dalam kenderaan atau digunakan pada waktu yang sesuai. Pada awalnya, saya berminat untuk mendapatkan PSP atau PSP Vita tetapi setelah mendapat rekomendasi dan membuat pertimbangan, saya memilih untuk mendapatkan Nintendo Switch.
Spesifikasi yang ditawarkan dalam PSP dan PSP Vita adalah agak ketinggalan memandangkan portable game console tersebut telah ditawarkan pada sedekad yang lalu dengan processor, skrin dan hardware lainnya yang outdated berbanding Nintendo Switch yang mula diperkenalkan pada tahun awal tahun 2017.
Terdapat pelbagai permainan yang dibangunkan khas untuk Nintendo Switch dan ada juga syarikat-syarikat pembangun video games yang memasukkan games mereka di dalam Nintendo Switch. Yang menariknya, console Nintendo Switch ini boleh dimainkan sehingga 8 orang dan juga secara online. Wireless console controller juga boleh digunakan pada Nintendo Switch.
Terdapat beberapa versi Nintendo Switch yang ada sehingga pada hari ini iaitu Nintendo Switch, Nintendo Switch Enhanced dan juga yang baru dilancarkan pada 20 September 2019 yang lepas iaitu Nintendo Switch Lite. Tiada perbezaan yang ketara untuk Nintendo Switch dan Nintendo Switch Enhanced, cuma pada masa penggunaan versi Enhanced yang lebih lama memandangkan processor baru yang digunakan adalah lebih baik.
Manakala Switch Lite pula adalah versi hand-held style sahaja yang mempunyai skrin lebih kecil berbanding Nintendo Switch tetapi masih boleh dihubungkan dengan Joy Con controller serta wireless console controller. Namun, tidak boleh digunakan secara dock untuk dimainkan pada televisyen atau monitor.
Sepanjang saya menggunakan Nintendo Switch ini, antara kelebihan dan istimewanya console ini adalah :
- Futureproof. Nintendo Switch saya jangka akan dapat bertahan lama dalam pasaran dengan spesifikasi yang ditawarkan. Dengan fleksibiliti game console ini seperti motion sensing, tactile feedback dan IR blaster yang boleh membawa permainan video kepada satu tahap yang lebih tinggi.
- Untuk peminat-peminat game Nintendo eksklusif seperti Mario, Luigi, Zelda, Super Smash Bros dan lain-lain memang sangat berbaloi disebabkan agak sukar untuk mendapatkan game eksklusif mereka pada platform yang lain.
- Customization Console. Syarikat pengeluar produk yang mengeluarkan Joy Con controller, wireless console controller casing dan pelbagai lagi yang boleh direka secara khas dan khusus.
- Amiibo. Figurin atau toys daripada Nintendo yang dapat memberikan kelebihan dalam permainan selain daripada sebagai koleksi. Gila permainan bisnes Nintendo ni.
- Fungsi Multiplayer dari 1 hingga 8 orang dan Online yang agak menarik.
- Kemaskini tambahan yang sering diberikan dari semasa ke semasa.
Terdapat juga sedikit kekurangan yang saya dapati apabila menggunakan Nintendo Switch diataranya :
- Kapasiti bateri yang terhad. Jika anda ingin bermain dengan style hand-held dalam jangka masa yang sangat lama contohnya lebih dari 4-9 jam tanpa henti sememangnya tidak cukup walaupun pada awalnya bateri pada 100%.
- Harga permainan video yang mahal. Ya, harga 1 permainan video lagi-lagi versi yang sangat eksklusif kebiasaannya mencecah sehingga 60 USD dan ada juga yang lebih tinggi dengan penambahan dalam permainan tersebut.
- Storan dalaman yang rendah. Pengguna memerlukan storan tambahan menggunakan Micro SD yang bersaiz sehingga 2TB untuk mempunyai storan yang lebih selesa memuat turun pelbagai game.
- Pemilihan negara Malaysia pada account profile. Pengguna perlu memilih negara lain seperti US, Mexico dan sebagainya memandangkan Malaysia masih belum disokong oleh Nintendo E-Shop.
Nintendo Switch juga ada mengeluarkan beberapa peralatan tambahan yang boleh digunakan untuk permainan-permainan yang mereka bangunkan, diantaranya ring fit yang membawa permainan video kepada kehidupan yang lebih sihat. Haha. Boleh tonton video dibawah :
Ingin ketahui permainan video games yang ada dalam Nintendo Switch ? Boleh lihat disini : https://www.nintendo.com/games/game-guide/#filter/:q=&dFR[platform][0]=Nintendo%20Switch.
Anda boleh dapatkan Nintendo Switch ini di mana-mana kedai fizikal atau platform online seperti Shopee dengan harga yang berpatutan. Cuma diingatkan, pastikan anda ketahui dahulu versi Nintendo Switch yang anda ingin dapatkan sama ada versi pertama, Enhanced atau Switch Lite. Nintendo Switch lite harganya lebih murah berbanding dengan Nintendo Switch versi pertama diikuti dengan versi Enhanced. Begitu juga dengan waranti yang dibekalkan sama ada import set atau set Malaysia ya.
Saya akan senaraikan beberapa group Facebook yang menghimpunkan komuniti berkenaan Nintendo Switch dibawah :
- Nintendo Switch Malaysia Market : https://www.facebook.com/groups/102482257231015
- Nintendo Switch Malaysia : https://www.facebook.com/groups/1924612381097521
- Nintendo Switch Malaysia Group : https://www.facebook.com/groups/250971408674059
Macam mana dengan review Nintendo Switch saya pada kali ini ? Review Nintendo Switch ini berdasarkan penggunaan saya dalam masa lebih kurang sebulan semasa berada di Malaysia. Bagaimana pula dengan pendapat anda berkenaan Nintendo Switch ? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.
Unifi menawarkan internet percuma untuk tahun 2019. Jangan lepaskan peluang! Klik disini : https://amirazman.my/unifi-menawarkan-internet-percuma.
Beli satu set pada hari launching.. Sekarang anak dah tak main dah…cakap bosan… adui
Haha mungkin sekarang dah ada game-game best berbanding dulu. Tapi beli harga launching mahal tu.