Teknologi

Nintendo Switch Console Restricted

Nintendo Switch Console Restricted

Beberapa hari ini, masalah Nintendo Switch console restricted by Nintendo semakin menjadi-jadi dan boleh dilihat post berkaitan isu ini berlegar-legar di group berkaitan Nintendo Switch. Jika sebelum ini, saya pernah kongsikan berkenaan ‘Game Nintendo Switch Share Account‘ dimana terdapat seller di Shopee atau sebagainya menjual akaun share ini dengan harga yang murah, maka post pada kali ini adalah kemungkinan akibat daripada tindakan pembelian game secara ‘illegal’ tersebut.

Berdasarkan perkongsian daripada mereka yang telah mengalami masalah Nintendo Switch console restricted ini, kebanyakan daripada mereka :

  • Membeli game share account dengan harga yang murah.
  • Melanggan share Nintendo Switch Online Family Membership dengan harga yang murah.
  • Membuat perubahan kepada sistem Nintendo Switch Console seperti jailbreak, mod dan sebagainya.

nintendo switch ban console

Walau bagaimanapun, masih tiada informasi yang kukuh mengenai kesalahan yang manakah yang membuatkan Nintendo Switch console dihadkan penggunaannya memandangkan Nintendo juga tidak pernah mendedahkan algorithm pemilihan akaun yang dikenakan restriction sebegini. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada masalah ini terjadi, sekiranya anda pernah membeli game share account atau membuat langganan share Nintendo Switch Account adalah disarankan untuk :

online services nintendo restricted

Selain itu, sekiranya anda berminat untuk membeli Nintendo Switch terpakai atau second hand, sila berhati-hati dan ketahui apakah perubahan pada console atau game yang available pada console tersebut adakah game yang didapatkan secara legal atau sebagainya. Ini sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan terdapat kemungkinan juga pembeli console Nintendo Switch terpakai dan tidak menyedari console mereka telah di mod/jailbreak atau memiliki game/account share seperti yang berlaku diatas.

Saya juga sebelum ini pernah membuat pembelian 1 game share account di Shopee untuk mencuba dan memahami modus operandi jualan game secara murah di Shopee, dan saya lihat Nintendo Switch saya masih lagi boleh digunakan buat masa ini. Untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang, game serta akaun tersebut telah saya remove secepat mungkin.

Dalam jam 3.32 petang, seller Shopee yang saya gunakan untuk mencuba dan memahami modus operandi jualan game secara murah, pihak seller telah DM saya di Shopee berkenaan masalah ini. Seller telah menyarankan pelanggan mereka untuk membuang akaun dan delete game tersebut memandangkan dia mendapat akaun ini dari orang lain dan console penjual juga telah di ban oleh Nintendo.

Sila baca semula. Seller juga mendapat akaun tersebut daripada orang lain, bayangkan berapa banyak kali akaun yang sama ini telah dijual berkali-kali. Haha.

game seller shopee dm

Join group berkaitan Nintendo Switch di Facebook untuk maklumat terkini berkaitan Nintendo Switch :

  1. Nintendo Switch Malaysia : https://www.facebook.com/groups/1924612381097521.
  2. Nintendo Switch Malaysia Group : https://www.facebook.com/groups/250971408674059.
  3. Nintendo Switch Malaysia Market : https://www.facebook.com/groups/102482257231015.

Saya akan kemaskini post ini semula selepas mendapat maklumat terkini berkaitan isu ini pada masa yang akan datang.

Nintendo Switch OLED Model Console Free Tempered Glass (1 Year Nintendo Official Warranty) : Dapatkannya disini.
Nintendo Switch V2 New Enhanced Edition/Oled model (Jailbreak) With Games : Dapatkannya disini.
Nintendo Switch Game Case Holder / Games Disk Case Storage : Dapatkannya disini.
Nintendo Switch Pro 2 Wireless / Wired Controller (For PC / Steam / MacOS / Android / Raspberry Pi : Dapatkannya disini.

2 Comments

  1. Modok

Leave a Comment