BisnesDuit OnlineTeknologi

Masalah Menggunakan Shopee Ads

Masalah Menggunakan Shopee Ads

Bermula pada 15 Jun 2020 yang lepas, saya mengalami masalah dalam menggunakan Shopee Ads dimana tiada perbelanjaan yang berlaku dan baki akaun Shopee Ads tidak berubah sedangkan setting iklan adalah sama seperti sebelum ini. Saya sudah gunakan Shopee Ads agak lama juga dan tiada masalah sebegini sebelum ini.

Saya perasan masalah ini berlaku apabila jualan daripada Shopee kelihatan menurun secara mendadak,malah produk yang saya jual juga adalah produk yang dibenarkan untuk dijual di Shopee. Status iklan juga aktif dan masih berjalan berdasarkan status yang dipaparkan pada laman Seller Centre. Anda boleh lihat statistik Shopee Ads saya seperti dibawah.

shopee keyword ads

Saya tidak pernah tukar apa-apa setting pada Shopee Ads pada waktu tersebut. Cuma sebelum ini, saya ada menerima Free Ads kredit daripada Shopee sebanyak RM100 sewaktu PKP pada 8 Mei yang lepas.

Saya juga telah cuba untuk menukar bid kesemua keyword kepada suggested bid, juga tiada perubahan. Selain itu, saya juga sudah cuba Top Up kredit Shopee Ads, tetapi masih juga kredit tersebut tidak dibelanjakan. Disebabkan isu ini masih terjadi, saya membuat keputusan untuk menghubungi pihak Shopee melalui Facebook Page mereka : Shopee MY.

facebook shopee malaysia

Kemudian, mereka juga ada meminta izin untuk mengakses akaun iklan saya menggunakan sub account untuk membuat siasatan tanpa memerlukan password. Buat masa ini, masih belum ada apa-apa lagi kemaskini terbaru daripada pihak Shopee.

Hari ini pula, saya ada mencuba create ads baru untuk melihat, adakah ads baru juga akan berlaku perkara yang sama. Saya akan kongsikan kemaskini mengenai masalah menggunakan Shopee Ads ini pada masa akan datang.

Kemaskini 5 Julai 2020 :

shopee shipping problem

Update yang saya dapat berkenaan isu kredit Shopee Ads yang tidak dapat digunakan.

Saya perasan lama dah berkenaan shipping ini, mereka sering menukar setting ini secara tiba-tiba mengakibatkan saya pernah mengalami masalah untuk kemaskini tracking number di Shopee disebabkan masalah shipping secara tiba-tiba. Saya assume ada kemaskini yang membuatkan isu ini terjadi dan pihak Shopee meminta saya kemaskini shipping option.

Selepas kemaskini shipping option beberapa bulan lepas, jualan kembali kepada normal, namun terjadi pula isu kredit Shopee Ads baru-baru ini.

Buat masa ini masalah kredit Shopee Ads yang tidak dibelanjakan ini telah selesai dengan memperbetulkan semula shipping option pada produk.

Letak shipping FREE pun jadi masalah 🤦‍♂️. Diharap sebarang penukaran setting tidak mengganggu produk sedia ada, atau notifikasi diberikan kepada seller yang mempunyai produk dengan setting yang tidak betul pada masa hadapan.

Tips Membeli Secara Online : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Cara Mendaftar Affiliate Involve Asia : https://amirazman.my/cara-mendaftar-affiliate-involve-asia.

2 Comments

  1. zik

Leave a Comment