BisnesDuit OnlineTeknologi

Google Ads Memberikan Kredit Percuma

 

Google Ads Memberikan Kredit Percuma

Memandangkan krisis dunia COVID-19 yang masih belum reda, Google Ads memberikan kredit percuma kepada perniagaan kecil dan sederhana yang menggunakan perkhidmatan mereka. Menurut Google, COVID-19 telah menjadi cabaran yang besar dimana berlakunya perniagaan yang terpaksa ditutup atau dihentikan dan juga penurunan pendapatan memandangkan mereka juga cuba untuk melindungi pekerja-pekerja mereka dan emberian kredit Google Ads percuma ini adalah sebagai tanda sokongan dan solidariti daripada pihak Google kepada mereka.

Saya dapat informasi ini melalui email yang dihantar oleh Google Ads sendiri pada 25 Jun 2020 jam 7 pagi.

google ads credit

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kriteria yang diperlukan untuk layak mendapat Google Ads kredit secara percuma ini, iaitu :

  • Menggunakan serta membelanjakan akaun Google Ads sebanyak 10 daripada 12 bulan pada tahun 2019 termasuk bulan Januari atau Februari pada tahun ini.
  • Menggunakan Google Ads secara terus dengan Google atau melalui partner Google Ads.
  • Mengikuti polisi beriklan yang telah ditetapkan oleh Google Ads.

free credit google ads

Kredit percuma ini dikreditkan berbeza-beza (maksimum 1000 USD) mengikut perbelanjaan Google Ads sebelum ini, lokasi dan juga mata wang pemilik akaun Google Ads. Tiada proses permohonan yang dibuka dan juga tidak perlu berbuat apa-apa untuk mengaktifkan kredit percuma ini memandangkan kredit tersebut akan digunakan secara automatik untuk perbelanjaan Google Ads yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://support.google.com/google-ads/answer/9803410?hl=en.

Tidak tahu apa itu Google Ads ?

Google Ads merupakan platform pengiklanan dalam talian yang dibangunkan oleh Google, dimana pengiklan akan membayar sejumlah amaun untuk memaparkan iklan kepada pengguna laman web melalui rangkaian pengiklanan Google.

google ads credit rm150 percuma

Jika anda berminat untuk memaparkan iklan anda menggunakan Googlea Ads, saya sarankan anda untuk Google ‘google ads credit’ dan klik pada iklan daripada Google Ads yang menawarkan RM150 kredit secara percuma untuk pendaftaran baru.

Bagi saya sendiri, inisiatif Google Ads memberikan kredit percuma ini adalah satu langkah yang bijak daripada Google Ads untuk memastikan perniagaan yang dijalankan mendapat suntikan khas daripada Google sebagai bantuan semasa wabak COVID-19 pandemik ini masih melanda dunia.

Tutorial Meletakkan Iklan Adsense : https://amirazman.my/tutorial-meletakkan-iklan-adsense.

Jom Daftar Unifi Disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Leave a Comment