Perkongsian tutorial meletakkan iklan adsense ini adalah khas untuk Adsense Content Host, iaitu untuk ruangan iklan pada laman web. Semakin hari-semakin ramai yang sedar sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan melalui internet. Ramai juga yang sudah mula mencipta konten di internet contohnya Youtuber yang semakin mendapat tempat di Malaysia.
Jika pada waktu dahulu agak sukar untuk lulus permohonan akaun adsense, begitu juga sekarang dengan terma dan syarat yang semakin ketat. Oleh itu, jangan putus asa dan pastikan anda menepati keseluruhan terma dan syarat yang diberikan untuk memastikan peluang kelulusan permohonan akaun Google Adsense anda cerah.
Saya sertakan gambar permohonan saya yang sering gagal semenjak daripada tahun 2011 ketika masih lagi belajar, dan mula serius membuat permohonan semula setelah menjadi graduan.
Jika anda sudah mempunyai konten di internet, anda boleh membuat permohonan Google Adsense disini : https://www.google.com/adsense/start.
Syarat untuk meletakkan iklan Google Adsense pada laman web anda :
- Anda mempunyai akaun Google Adsense – Content Host.
- Anda mempunyai akses untuk menambah kod Google Adsense pada laman web anda.
Tutorial Add Site Pada Google Adsense – Auto Ads
Google Adsense telah memudahkan pengguna mereka dengan menambah fungsi Auto Ads dimana Google Adsense sendiri akan meletakkan iklan pada ruangan yang terbaik pada laman web secara automatik. Ini bermaksud anda tidak dapat mengawal jenis-jenis iklan yang bakal keluar pada laman web anda.
- Klik pada menu Sites di Google Adsense, dan klik Add Site.
- Masukkan nama domain website anda dan klik butang Next.
- Salin kod yang diberikan dan masukkan kod tersebut di dalam tag <head> </head> pada laman web anda. Kemudian, klik butang Submit.
- Klik pada Set up ads untuk menyediakan ruangan iklan pada laman web anda.
- Aktifkan Auto Ads dan akan dipaparkan contoh paparan laman web anda disertakan dengan ruangan iklan yang ditetapkan oleh Google Adsense.
- Klik Apply to site sekiranya anda berpuas hati dengan ruangan iklan Auto Ads yang ditetapkan oleh Google Adsense. Kebiasaannya ruangan iklan Auto Ads akan dipaparkan dalam masa 1 jam selepas Apply to side dilakukan sekiranya tiada sebarang masalah.
Tutorial Add Site Pada Google Adsense – Ads Unit
Jika Auto Ads ditentukan oleh Google Adsense secara automatik, Ads Unit pula boleh ditentukan oleh pemilik website sendiri. Pemilik laman web boleh menentukan ruang iklan yang ingin diletakkan serta jenis iklan yang ingin dipaparkan sama ada Display Ads, In-feed Ads, In-article Ads atau Matched Content. Ada juga iklan yang mesra AMP iaitu Accelerated Mobile Pages yang telah diperkenalkan oleh Google pada akhir tahun 2015.
-
- Klik By ad unit pada menu Ads di Google Adsense.
- Pilih ad unit yang anda inginkan. Terdapat 4 jenis ad unit : Display Ads, In-feed Ads, In-article Ads dan Matched Content.
- Anda boleh memilih style yang disarankan oleh Google, atau memilih style yang anda inginkan secara manual serta klik butang Next.
- Anda boleh membuat customization mengikut citarasa dan kesesuaian laman web anda dan klik Save and get code. Masukkan kod tersebut pada ruangan laman web yang anda inginkan dan iklan akan dipaparkan dalam masa 1 jam setelah kod tersebut dimasukkan.
- Klik By ad unit pada menu Ads di Google Adsense.
Untuk mengisi kod secara manual, mungkin memerlukan pengetahuan asas penggunaan HTML/PHP untuk memudahkan proses meletakkan kod dengan betul dan mengelakkan daripada tersilap semasa mengubah kod laman web sedia ada.
Saya ada sediakan video tutorial meletakkan iklan pada laman web anda menggunakan Google Adsense Auto Ads dibawah :
Kenapa harga web sistem mahal ? Klik disini : https://amirazman.my/kenapa-harga-web-sistem-mahal.
Ketahui apa itu domain dan hosting disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-domain-dan-hosting.
blog saya dah berjaya
blog filem saya sahaja tak lepas
tak tahu lah nak buat macam mana dah
sedih betul