Duit OnlineKehidupanTeknologi

Perubahan Paparan Transaksi CIMB

Perubahan Paparan Transaksi CIMB

Dalam beberapa hari lepas, saya perasan terdapat perubahan pada paparan transaksi CIMB Clicks akaun personal dimana masa transaksi pada Transaction History tidak lagi dipaparkan kepada pengguna. Masa transaksi ini saya merujuk kepada jam, minit, dan saat transaksi dijalankan.

Saya tunjukkan contoh dibawah daripada laman blog mohdrafie.wordpress.com contoh transaction history sebelum ini dimana paparan maklumat masa transaksi juga dipaparkan sebelum ini.

contoh transaction history lama

Manakala yang terkini pula, maklumat masa transaksi tidak dipaparkan, hanya tarikh transaksi sahaja dipaparkan sama seperti bank lain contohnya Maybank dan Bank Islam. Saya berikan contoh paparannya seperti dibawah.

transaction history cimb clicks

Saya ada membuat pertanyaan pada facebook CIMB Malaysia untuk pengesahan adakah ini perubahan yang sepatutnya atau hanyalah masalah sistem. Dan jawapan mereka, agak mengecewakan saya.

facebook cimb malaysia

Menurut mereka, terkini hanya tarikh transaksi sahaja dipaparkan. Saya sudah lihat pada bahagian Announcement pada laman rasmi CIMB Clicks, tiada pula disebut berkenaan perubahan ini. Yang ada hanyalah perubahan TAC Approval untuk Favourite Transaction dimana mereka tidak mengenakan TAC kepada akaun favourite selepas transaksi pertama kali untuk jumlah dibawah RM10,000.

announcement cimb bank

Dengan perubahan paparan transaksi CIMB Clicks yang terkini, hilanglah satu kelebihan CIMB Clicks berbanding bank-bank lain dimana pengguna boleh membuat pengesahan bank in dengan mudah dan tepat lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai transaksi yang banyak dalam satu-satu masa.

Bagaimana dengan anda ? Adakah anda terkesan dengan perubahan ini ?

Ketahui kelebihan menjadi Executive Partner Halo Telco disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-executive-partner-halo-telco.

Kenapa harga web sistem mahal ? Klik disini : https://amirazman.my/kenapa-harga-web-sistem-mahal.

Leave a Comment