BisnesDuit OnlineKehidupanTeknologi

Tutorial Platform Affiliate Lazada

Tutorial Platform Affiliate Lazada

Tutorial platform affiliate Lazada ini adalah sambungan daripada tutorial pendaftaran affiliate Lazada pada post saya yang lepas. Untuk kali ini, kita akan lebih fokuskan bagaimana cara untuk menggunakan platform affiliate yang telah disediakan oleh Lazada dan bagaimana para affiliate boleh menjana pendapatan sebagai affiliate. Keseluruhannya hampir sama sahaja prosedurnya seperti sistem affiliate lain walaupun terdapat beberapa perbezaan apabila menggunakan sistem affiliate ini.

Jika anda terlepas atau ingin ketahui dengan lebih lanjut berkenaan tutorial untuk menjadi Affiliate Lazada, anda boleh klik disini : https://amirazman.my/cara-mendaftar-affiliate-lazada.

Merujuk kepada proses verifikasi Lazada, mereka mengatakan proses semakan ini mengambil masa 5 hari bekerja, namun setelah sebulan, barulah saya menerima email daripada pihak Lazada yang mengatakan saya telah berjaya menjadi sebahagian daripada program affiliate ini. Mungkin disebabkan oleh PKP baru-baru ini atau proses semakan mereka yang terkini memang mengambil masa yang lama. Bahaya bila terlalu lama ni, hampir terlupa dah akses yang dicipta tempoh hari.

email verification success lazada affiliate

Apabila email ini telah diterima, mereka akan memberikan link untuk mengakses akaun anda dimana pada platform tersebut anda boleh mencipta tracking link, pengurusan pembayaran dan data berkenaan prestasi serta report penggunaan platform ini. Selain itu, mereka juga ada memberikan Training Materials yang dapat membantu anda untuk pengurusan campaign pada platform affiliate ini.

login affiliate lazada

Anda boleh mengakses platform affiliate Lazada melalui link disini : https://adsense.lazada.com.my. Masukkan email dan juga password yang telah didaftarkan sebelum ini.

Dibawah adalah contoh dashboard Lazada Affiliate Program setelah akaun affiliate anda berjaya diakses.

lazada affiliate program platform

Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah menyempurnakan maklumat peribadi pada menu Account untuk memudahkan urusan proses pembayaran oleh pihak Lazada.

Untuk mendapatkan link yang anda akan gunakan untuk membuat promosi, anda boleh pilih mana-mana offer atau produk yang ditawarkan pada sistem affiliate Lazada dan klik ‘get link’ untuk mendapatkan link serta mempromosikan link tersebut. Saya akan tunjukkan contoh mudah dengan menggunakan Best Converting Products Top 8 seperti gambar diatas.

pilih produk affiliate lazada

Anda boleh pilih atau tick produk yang anda berminat untuk promosikan dan klik pada ‘Get Link’ untuk mendapatkan link promosi bagi produk-produk tersebut. Anda akan diminta untuk mengisi parameter untuk tujuan tracking dan produk-produk pilihan anda akan dipaparkan pada menu Products Promo List.

products promo list lazada

Klik Get link dan anda akan diberikan link yang boleh digunakan bagi tujuan promosi atau dalam bentuk QR Code. Untuk mendapatkan pembayaran daripada sistem affiliate Lazada ini, anda perlu mengumpul sekurang-kurangnya RM100 untuk mencapai minimum had pengeluaran yang telah ditetapkan oleh pihak Lazada, kemudian barulah proses pembayaran dapat dilakukan. Proses pembayaran pula mengambil masa selama 30 hingga 45 hari maksimum untuk pihak Lazada menyelesaikan pembayaran tersebut.

items link lazada affiliate

Platform Affiliate Lazada ini juga menyediakan statistik dan data prestasi promosi yang anda jalankan seperti bilangan klik, order dan juga jumlah bayaran yang diberikan oleh pihak Lazada berdasarkan jualan yang berjaya dilakukan daripada link promosi yang diberi. Melalui statistik ini, anda mungkin boleh menganalisis berkenaan produk apa yang sesuai dengan niche medium konten anda, produk yang sesuai dijual dan tidak sesuai dipromosikan melalui medium yang anda gunakan.

Kebanyakan content creator akan menggunakan medium yang mereka ada seperti blog, Youtube, media sosial dan sebagainya untuk mempromosikan produk dari platform affiliate Lazada ini dan mendapat komisyen daripada setiap jualan yang berjaya dihasilkan melalui link tersebut. Sebagai contoh, video DIY (Do it Yourself) serta barang-barang keperluannya, tutorial produk serta link pembeliannya atau pelbagai lagi kaedah lain yang boleh digunakan untuk promosikan link affiliate tersebut.

Diharap tutorial platform affiliate Lazada ini serba sedikit dapat membantu anda untuk memahami bagaimana proses link affiliate Lazada dicipta, dan bagaimana perjalanan proses pembayaran yang telah ditetapkan oleh pihak Lazada disamping dapat membantu sesiapa yang ingin menjana pendapatan sampingan secara online.

Inginkan laman web untuk perniagaan anda ? Ketahui kelebihan memiliki laman web disini : https://hostingmalaya.com/kelebihan-memiliki-laman-web.

Data 1 GB Internet Produktiviti Percuma Sehingga Akhir Tahun 2020. Klik disini : https://topupniaga.com/data-1-gb-percuma-sehingga-akhir-tahun-2020.

Leave a Comment