BisnesDuit OnlineKehidupanTeknologi

Cara Mendaftar Affiliate Lazada

Cara Mendaftar Affiliate Lazada

Sebelum ini pada akhir tahun 2018, saya ada mencari jalan bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai affiliate di Lazada memandangkan saya perasan sudah ada Youtuber yang mempromosikan produk menggunakan link dari Lazada. Tetapi pada waktu itu, berkemungkinan besar Affiliate Program Lazada ini adalah program tertutup dan tidak dibuka kepada umum secara meluas.

affiliate lazada 2018

Pada tahun 2020 ini, lebih banyak channel Youtuber dari Malaysia yang semakin berkembang dan meningkat naik, dan sesetengah Youtuber sering mempromosikan produk daripada Lazada dan juga Shopee. Jadi pada hari ini saya semak semula laman web Affiliate Program daripada Lazada untuk menyemak adakah mereka telah membuka peluang ini kepada umum atau tidak.

Jawapannya, ya. Anda boleh layari pautan saya sediakan ini untuk mendaftar sebagai Affiliate Lazada : https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program dan klik SIGN UP atau SIGN IN sekiranya anda pernah mendaftar akaun dengan Lazada. Kemudian, anda akan diminta untuk membuat verifikasi menggunakan nombor telefon atau email sebelum anda dihantar ke laman borang pendaftaran.

register lazada affiliate form

Anda diminta untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan termasuklah dokumen pengenalan untuk pengesahan serta maklumat berkaitan bank untuk tujuan pembayaran affiliate pada masa akan datang.

lazada affiliate registration review

Setelah anda isikan semua maklumat yang diperlukan, pihak Lazada akan mengambil masa beberapa hari untuk membuat semakan dan sekiranya tiada masalah, permohonan akaun Affiliate Lazada anda akan diterima dan anda boleh gunakan affiliate link untuk mendapatkan komisyen daripada setiap pembelian melalui link anda.

Apakah kelebihan mendaftar sebagai Affiliate Lazada ?

  • Kadar keuntungan tertinggi didalam industri sehingga mencecah 10% komisyen bagi setiap pembelian yang dibuat.
  • Laporan prestasi link affiliate anda yang boleh dilihat pada bila-bila masa.
  • Kadar jualan yang lebih tinggi untuk berjuta-juta produk dengan proses pembayaran yang mudah.
  • Alat dan kaedah pemasaran yang percuma dan terkini.
  • Sistem sokongan yang pantas dan professional.

Diharap tutorial cara untuk mendaftar sebagai affiliate di Lazada ini dapat membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan lebih-lebih lagi jika anda mempunyai platform yang sesuai untuk mempromosikan link affiliate produk daripada Lazada ini ditambah lagi dengan penggunaan Ecommerce di Malaysia yang semakin meningkat naik semenjak berlakunya pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Saya akan kongsikan bagaimana cara untuk mendapatkan link affiliate produk anda pada masa post yang akan datang.

Ketahui Tips Membeli Secara Online disini : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Jom Baca Tips Buat Duit Online disini : https://amirazman.my/tips-buat-duit-online.

Leave a Comment