BisnesDuit OnlineKehidupanTeknologi

Cara Mendaftar Affiliate Involve Asia

Cara Mendaftar Affiliate Involve Asia

Pada post kali ini saya akan terangkan bagaimana cara untuk mendaftar sebagai Affiliate Involve Asia. Involve asia merupakan sebuah platform affiliate untuk pelbagai sektor serta industri secara khususnya di Asia. Bagi mereka yang kurang jelas mengenai sistem affiliate, affiliate merupakan satu sistem dimana anda boleh mempromosikan produk-produk tertentu dan anda akan menerima komisyen mengikut produk yang berjaya dijual.

apa itu affiliate marketing

Involve Asia bekerjasama dengan pelbagai jenama besar di dunia seperti Shopee, Lazada, Zalora, Malaysia Airlines, Domino’s Pizza, Amazon, Alibaba Group dan ratusan lagi jenama yang menggunakan Involve Asia sebagai platform affiliate. Jadi sekiranya anda ingin menjadi affiliate mana-mana jenama seperti yang tertera dibawah, anda boleh merebut peluang untuk menjadi affiliate mereka menggunakan platform ini.

 

partner involve asia

Untuk mendaftar Affiliate Involve Asia, anda boleh klik pautan ini : https://app.involve.asia/signup dan isikan maklumat-maklumat yang diperlukan dan anda akan diminta untuk membuat verifikasi akaun anda melalui email.

pendaftaran involve asia

Setelah verifikasi, anda akan dapat membuka dashboard Involve Asia walaupun akaun anda masih lagi dalam status pending. Seperti yang anda dapat lihat dibawah, pengeluaran komisyen akan dapat dibuat apabila jumlah terkumpul sudah mencecah sekurang-kurangnya RM80.

dashboard involve asia

Pada dashboard ini anda boleh mengemaskini maklumat bank anda untuk urusan pengeluaran komisyen serta permohonan affiliate untuk advertiser yang telah disenaraikan setelah akaun anda telah diluluskan oleh platform Involve Asia. Kebiasaannya, pihak Involve Asia akan memerlukan dalam 24 jam sehingga 48 jam untuk pengurusan akaun baru yang masih lagi dalam status pending.

Diharap tutorial cara mendaftar affiliate Involve Asia ini dapat membantu anda dalam mengenali dengan lebih banyak lagi platform-platform affiliate yang digunakan secara meluas di Malaysia disamping menjana pendapatan sampingan melalui jenama-jenama terkemuka di dunia lebih-lebih lagi apabila pembelian secara online di Malaysia meningkat secara mendadak pada ketika ini.

Saya akan kongsikan bagaimanakah cara untuk menggunakan fungsi yang tersedia pada platform affiliate Involve Asia ini pada post yang akan datang.

Ketahui Cara Mendaftar Affiliate Lazada Disini : https://amirazman.my/cara-mendaftar-affiliate-lazada.

Ketahui Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Disini : https://amirazman.my/cara-bayar-zakat-fitrah-online.

Leave a Comment