KehidupanTeknologi

GTA 5 Ditawarkan Secara Percuma

GTA 5 Ditawarkan Secara Percuma

Sekiranya anda masih belum mendapatkan GTA 5 yang ditawarkan secara percuma, anda boleh merebut peluang ini dengan cara memuat turun permainan video tersebut menggunakan platform Epic Games. Dapatkan segera kerana tawaran ini akan berakhir pada 21 Mei 2020 kelak.

Anda boleh memuat turun GTA 5 disini : https://www.epicgames.com/store/en-US/product/grand-theft-auto-v/home.

Sekiranya anda belum mendaftar sebagai pengguna Epic Games, anda perlu berbuat demikian terlebih dahulu. Berdasarkan pengalaman saya memuat turun permainan ini pada beberapa hari lepas, permainan video ini memerlukan storan sebanyak hampir 100 GB dan terdapat kemungkinan proses verifikasi akaun dan muat turun menjadi agak lambat disebabkan laman sesawang mereka dibanjiri oleh pemain yang ingin memuat turun permainan ini secara percuma.

gta 5 premium edition

Muat turun GTA 5 daripada platform Epic Games ini disertakan juga dengan kesemua kemaskini terbaru GTA 5 serta Criminal Enterprise Starter Pack untuk memudahkan anda bermain permainan video ini.

GTA 5 merupakan sebuah permainan video yang dibangunkan oleh Rockstar North dan diterbitkan oleh Rockstar Games pada 17 September 2013, lebih kurang 7 tahun lalu, jadi tidak pelik permainan video sebegini ditawarkan secara percuma dalam tempoh masa terhad. Walaupun begitu, permainan video ini masih sering dimainkan oleh pemainnya dan merupakan antara permainan yang sering distrimkan oleh gamer di mana-mana platform penstriman termasuklah Facebook Gaming.

Jika anda berminat untuk mendapatkan permainan ini secara percuma, anda boleh mendapatkannya segera sebelum 21 Mei 2020 menggunakan platform Epic Games. Tidak mempunyai data internet yang mencukupi atau internet yang perlahan ? Pastikan anda sudah ‘Get’ atau Claim permainan video ini terlebih dahulu dan muat turun permainan ini pada masa akan datang.

Jom Bayar Zakat Fitrah Secara Online disini : https://amirazman.my/cara-bayar-zakat-fitrah-online.

Kenapa Harga Web Sistem Mahal ? Klik disini : https://amirazman.my/kenapa-harga-web-sistem-mahal.

Leave a Comment