KehidupanSosial

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca AmirAzman.MY . Pada tahun 2020 ini, sambutlah perayaan pada kali ini dengan lebih bersederhana memandangkan wabak COVID-19 masih lagi aktif sehingga ke hari ini. Walaupun begitu, tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada frontliners yang bertungkus-lumus tidak kira masa dan waktu untuk memastikan wabak ini berada dalam keadaan yang terkawal. Terima kasih diucapkan.

Oleh yang demikian, untuk memastikan wabak pandemik ini dapat dibendung sebaik mungkin, diharap kita semua dapat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Diantara aktiviti yang perlu dielakkan diantaranya :

  1. Kunjung mengunjungi.
  2. Ziarah kubur.
  3. Bersalaman dan cium tangan ahli keluarga lebih tua.
  4. Berpelukan (biasa dilakukan sesama jantina disebabkan lama tidak berjumpa).
  5. Cium pipi atau laga pipi (kebiasaan dilakukan sesama wanita).
  6. Berkumpul beramai-ramai sambil bersembang jarak dekat.
  7. Berkongsi makanan atau bekas makanan/minuman.
  8. Berhimpit dalam kenderaan.
  9. Duit raya? Boleh diteruskan tapi tidak perlu bersentuhan.

Demi memutuskan rangkaian dan mengelakkan daripada penularan jangkitan COVID-19 daripada terus berlaku, raikan hari raya aidilfitri kali ini bersama keluarga dengan tertutup demi keselamatan bersama. Diingatkan golongan berusia mempunyai risiko yang lebih tinggi apabila dijangkiti wabak COVID-19 ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ada memberikan pelbagai nasihat dan peringatan melalui laman rasmi Twitter mereka.

Bagi sesiapa yang masih belum menyertai channel Telegram Majlis Keselamatan Negara (Rasmi), anda boleh sertai melalui link ini : https://t.me/MKNRasmi untuk menerima informasi berkaitan keselamatan negara yang sahih.

Semoga wabak COVID-19 ini dapat berakhir dalam sedikit masa lagi dan kita dapat menyambut perayaan-perayaan mendatang dengan lebih meriah berbanding pada kali ini. Buat masa ini, amalkan penjarakan sosial serta norma baharu dalam kehidupan sehingga kesemuanya boleh kembali normal seperti sediakala pada masa yang akan datang.

Salam aidilfitri daripada saya, maaf zahir dan batin.

2 Comments

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23