Posted in

Orang Tua

Orang Tua

Orang Tua

Bila hidup dekat dengan ibu bapa atau biasa orang panggil ‘orang tua’ ni, setiap tindakan kita akan affect parent kita. Lagi-lagi parent yang ramah, bercampur, bergaul dengan jiran tetangga.

Contohlah ada anak yang buat masalah, buat taik, akan sampai juga dekat parent kita. Tak sekarang, nanti. Satu-satu berita taik sampai.

Apabila kita dengar mereka bercerita dapat berita itu ini, pedih juga hati. Sebab kita tahu memang mereka bercakap, berborak macam biasa tapi dalam hati sebenarnya kecewa, malu, macam-macam.

Lagi sedih bila kita dengar ibu bapa kita minta maaf atas kesalahan yang mereka tak lakukan. Apa perasaan mereka ketika itu.

Perkara yang tak sepatutnya, maruah mereka bukan serendah itu.

Semoga kita sentiasa berusaha menjadi anak yang dapat membahagiakan orang tua kita. Atau paling tidak, anak yang tidak menyusahkan atau memalukan orang tua kita.

Mereka tidak seharusnya berfikir perkara-perkara remeh dan memalukan pada usia sebegitu, sepatutnya lebih tenang dalam menjalani kehidupan.

Post ni memang takkan dikongsi di mana-mana, so kalau terjumpa mungkin daripada mereka yang membaca blog ni, atau daripada SEO sahaja.

Post yang aku rasa aku sebenarnya takkan post, tapi post sahajalah mungkin sebagai bahan bacaan aku semula in the future supaya aku berpijak pada bumi yang nyata.

Manalah tahu aku sendiri tergelincir, terjerumus sama.

Daftar SETEL Petronas, tak perlu tunjuk IC nak claim BUDI95 : https://amirazman.my/kelebihan-aplikasi-setel-petronas.

Daftar sistem Topup Niaga PERCUMA : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *