Baiklah, kali ini saya akan kongsikan pengalaman di ban oleh Whatsapp baru-baru ini pada 23 November 2019 iaitu beberapa hari yang lepas. Akaun Whatsapp saya yang di ban bukanlah jenis Whatsapp Messenger biasa, tetapi Whatsapp Business. Jadi pada Whatsapp Business ini ada terma dan polisi tambahan memandangkan mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak berbanding Whatsapp biasa.
Whatsapp Business ada mengeluarkan ciri-ciri yang menarik untuk memudahkan urusan perdagangan (commerce) dengan mewujudkan fungsi Catalogue. Sebelum ini saya pernah kongsikan di FB saya mengenai fungsi Catalogue dan juga percubaan saya menggunakannya.
Cara untuk add Catalogue pada Whatsapp Business :
- Login Whatsapp Business.
- Setting -> Business Settings -> Catalogue.
- Add Catalogue
- Verifikasi produk dari pihak Whatsapp Business.
Sangat bagus ciri-ciri terbaru yang diberikan pada Whatsapp Business ini. Informasi boleh diberikan kepada pelanggan atau prospek dengan mudah dan pantas. Antara maklumat yang boleh dimasukkan pada bahagian Catalogue adalah :
- Nama Servis/Produk.
- Harga Servis/Produk.
- Informasi berkenaan Produk.
- Gambar Produk.
- Servis Kod Servis/Produk.
Okay masuk point, nak dijadikan cerita beberapa hari selepas masukkan catalogue tu, akaun Whatsapp saya di ban secara tiba-tiba. Maka bermulalah sesi pujuk memujuk dengan pihak Whatsapp untuk mendapatkan semula akaun Whatsapp utama saya ini.
Apabila di ban oleh Whatsapp, harapan untuk mendapatkan akaun tersebut amatlah tipis lagi-lagi apabila disebabkan oleh rules spam messages. Tetapi setelah follow up dengan pihak Whatsapp, mereka menyatakan saya melanggar polisi Commerce. Nah… confirm puncanya dari catalogue.
Saya sertakan pautan polisi Commerce tersebut disini : https://www.whatsapp.com/legal/commerce-policy.
Jadi apa yang saya lakukan, saya berikan maklumat servis dan produk yang telah saya senaraikan pada catalogue sebelum ini dan akhirnya..
Whatsapp berikan semula saya akses dengan produk catalogue yang masih wujud. Jadi untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang, saya terus delete sahaja catalogue tersebut. Walaupun tidak diberitahu sebab sebenar mengapa akaun Whatsapp Business ini di ban, tetapi jangkaan saya berkemungkinan produk topup yang saya masukkan itu dianggap sebagai gambling atau perjudian.
Oleh itu, untuk mereka yang ingin mempromosikan servis atau produk, pastikan tidak melanggar mana-mana syarat, terma atau polisi yang ditetapkan oleh pihak Whatsapp. Sekiranya boleh, jangan masukkan produk yang mungkin mengelirukan pihak Whatsapp atau berkemungkinan akaun anda akan di ban sekurang-kurangnya 2 hari . Itu yang terjadi pada saya.
Pernahkah anda punyai pengalaman di ban oleh Whatsapp ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.
Jom baca Jenis-jenis Kamera Telefon Pintar disini : https://amirazman.my/jenis-jenis-kamera-telefon-pintar.
Macm mana yer awak email semula pada whatsapp team untuk teragkan produk business kita?
Tiada cara lain melainkan pada apps Whatsapp Business tersebut. Akan ada link atau butang utk kita enquiry semula isu tersebut jika merasakan Whatsapp tersalah ban.
Nombor sy dah kena banned almost 1month da since 9 may aritu.sy keep on email merayu kt support whatsApp contact sume tu utk unbanned nombor sy..tapi dorang mcm x reply pon utk unbanned.đsy masih berharap..agak2 ade tak rezki sy utk dpt blk nombor tu?
Whatsapp Business ke ? Cuba login guna Whatsapp biasa.
Macam saya punya kena ban whatsapp business, tapi boleh sahaja login guna nombor sama tapi di Whatsapp biasa.
Hi,
Our system flagged your account activity as a violation of our Terms of Service and banned your phone number. Your account will remain banned as a result of the violation.
We recommend carefully reviewing the âAcceptable Use of Our Servicesâ section of our Terms of Service to learn more about the appropriate uses of WhatsApp and the activities that violate our Terms of Service. You can learn more about how to use WhatsApp responsibly in this Help Center article.
Please keep in mind, WhatsApp reserves the right to enforce its policies in accordance with its Terms of Service.
tp ni 1st email yg dia reply
Salam bro.. boleh bagi contoh ayat memujuk utk kita terangkan mengenai catalogue dalam whatsapp yg kena banned tu tak?
Kalau memang catalogue, maybe cakap first time tak baca or terlepas pandang policy or sebagainya ke.
Sangat susah nak lepas.