Pernah atau tidak anda menerima panggilan promosi yang mengatakan anda pelanggan bertuah CIMB kerana terpilih untuk program insuran mereka sama ada dari mereka sendiri atau third party diatas nama SUN LIFE ? Rasanya ramai yang juga bertuah selain saya memandangkan setiap tahun saya dikatakan bertuah. Haha.
Sampaikan kita dah boleh agak bila condition :
- Panggilan dari CIMB,
- Pelanggan bertuah;
Confirm, mesti promosi insuran Sun Life. Dan anda akan diminta meluangkan waktu untuk mendengar mereka menerangkan panjang lebar polisi insuran yang mereka tawarkan. Saya kurang pasti keseluruhan nombor telefon yang digunakan untuk membuat panggilan, tetapi nombor dibawah adalah nombor terkini yang mereka gunakan daripada pengalaman saya.
- 0327253857 ( Waktu panggilan : 3 Disember 2020 pada jam 9.10 pagi dan 9.11 pagi, 13 Disember 2020 pada jam 5.17 petang).
- 0327249637 ( Waktu panggilan : 7 Disember 2020 pada jam 11.14 pagi, 8 Disember 2020 pada jam 11.27 pagi, 9 Disember 2020 pada jam 11.35 pagi, 10 Disember 2020 pada jam 4.29 petang dan 12 Disember 2020 pada jam 11.21 pagi).
- 0327424314 ( Waktu panggilan : 11 Disember 2020 pada jam 2.16 petang).
Untuk bulan Disember 2020 (kemaskini akhir : 18 Disember 2020), 3 talian diatas adalah yang digunakan dan sekiranya anda membuat carian di Google, memang ramai yang sudah tinggalkan komen untuk nombor-nombor diatas :
https://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0327253857
https://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0327249637
https://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0327424314
Saya sebenarnya pernah tergerak hati meminta pihak CIMB untuk membuang data saya dari senarai marketing mereka semasa promosi mereka yang lalu, nampaknya permintaan saya tak diendahkan memandangkan saya masih lagi pelanggan bertuah CIMB.
Sejujurnya saya pernah suarakan banyak kali memandangkan sudah bertahun-tahun saya menjadi pelanggan bertuah. Saya boleh senaraikan post-post saya berkaitan ini di Facebook.
Terlalu high chance untuk saya jadi pelanggan bertuah sehinggakan hampir setiap tahun saya akan bertuah. Sekiranya ada option untuk unsubscribe kepada marketing sebegini lebih-lebih lagi jenis panggilan, mohon guide saya untuk unsubscribe.
Sekiranya CIMB masih belum implement sistem pilihan untuk opt-out kepada marketing sebegini, saya cadangkan, sila ‘adakan’. Pengguna berhak membuat pilihan memandangkan kadangkala situasi ini agak ‘annoying’ kerana kami pendengar ini dalam keadaaan ‘terpaksa’ untuk mendengar panjang lebar mengenai insuran tersebut.
Apabila dikatakan sudah mempunyai insuran, mereka akan cuba untuk compare pula dengan polisi insuran mereka dan sebagainya. Sediakan juga cara untuk marketer panggilan ini untuk delist/unlist senarai yang tidak berminat sekiranya diminta untuk mengelakkan pelanggan tidak berpuas hati dan sebagainya dengan pengurusan pemasaran yang dijalankan oleh pihak CIMB secara jangka masa panjang.
Macam saya, hampir setiap tahun dihantui oleh insuran CIMB ini, adakah anda rasa saya gembira ? Apabila kita reject pula, mereka akan minta alasan dan sebagainya.
Hanya 3 perkataan sahaja yang saya boleh gambarkan mengenai situasi ini secara menyeluruh.
SAYA SUDAH PENAT.
Saya harap CIMB dapat mencari jalan yang lebih baik untuk mempromosikan servis mereka pada masa akan datang. Saya pun tak pasti adakah pelanggan bertuah akan dapat polisi yang sama seperti dalam website mereka : https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/insurance-takaful/life-insurance-family-takaful/sun-signature-life.html.
Anda pernah mempunyai pengalaman sebegini atau pengalaman yang ingin anda kongsikan ? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.
Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.
Web Hosting Malaysia Dilengkapi DDoS Protection : http://billing.hostingmalaya.com.