Kehidupan

Rezeki Datang Pelbagai Cara

Rezeki itu datang daripada pelbagai cara. Ramai daripada kita meletakkan rezeki hanya pada duit sahaja. Sebenarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita adalah sejenis bentuk rezeki juga. Antaranya rezeki harta, keluarga, jodoh, zuriat, sahabat dan pelbagai lagi. Yang penting, kita menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang telah diberikan, maka kita akan merasa cukup dengan apa yang kita ada.

rezeki yang disyukuri

Ada pelbagai cara kita akan memperolehi rezeki. Antaranya:

  • Rezeki yang kita usahakan dan kita dapat.
  • Rezeki yang kita usahakan tetapi rezeki tersebut bukan milik kita.
  • Rezeki yang datang tanpa diusahakan oleh kita.

Rezeki yang kita usahakan dan kita dapat. Contohnya rezeki dalam bentuk duit daripada perniagaan menjual sate. Kita usaha menjual sate ditepi jalan dengan peralatan-peralatan untuk membakar sate tersebut, dan pelanggan membayar dalam bentuk wang ringgit.

Rezeki yang kita usahakan tetapi rezeki tersebut bukan milik kita. Contohnya kita adalah penjual sate, dalam kita membakar sate tersebut, tiba-tiba terjatuh sebatang sate ke tanah mungkin kerana tergelincir dari tangan kita. Kita berikan pula sate yang jatuh itu tadi kepada kucing yang ada berdekatan dengan tempat kita menjual, dah jadi rezeki kucing. Dalam rezeki kita mungkin ada rezeki orang lain.

Rezeki yang datang tanpa diusahakan oleh kita. Contohnya kita membeli sate, disebabkan kedai sate itu dah nak tutup dan ada pula lebihan sate yang dah dibakar, penjual memberikan sejumlah lebihan sate kepada anda.

Mudahnya bagi contoh haha ! Ketiga-tiga senario diatas ini pernah berlaku kepada saya ketika membeli sate berdekatan dengan Sungai Segamat dalam beberapa bulan lepas. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan beliau. Senang, bagi contoh dari pengalaman je kan. Make it simple.

Baru-baru ini, ada rakan saya yang buat sharing di Facebook berkaitan juga dengan rezeki yang tak dijangka.

lela cuckoo telekung

Saya sendiri komen ‘tergerak nak tanya tu pun dah diatur dari yang diatas’. Disebabkan pertanyaan itulah dapat juga rezeki menjual telekung kepada sahabat beliau. Secara tak langsung, sebenarnya komen saya pun dah diatur dari yang atas dan terbeli juga haha ! Alhamdulillah selamat dah sampai dengan pantas dan cepat.

**Siapa nak beli telekung, penapis air/udara cuckoo, boleh dapatkan dengan harga yang sangat murah dan berpatutan dengan rakan saya disini : https://facebook.com/siti.norlela.9.

Rezeki Allah itu luas kan ?

Jom baca post saya berkaitan ‘Persepsi Sinis Kepada Graduan’ disini : http://amirazman.my/persepsi-sinis-kepada-graduan.

6 Comments

Leave a Comment