Tahukah anda kita boleh membuat semakan wang yang tidak dituntut dengan menggunakan portal eGUMIS, iaitu sebuah portal yang dikendalikan oleh Jabatan Akauntan Malaysia bermula pada Januari 2020. Sebelum saya teruskan berkenaan bagaimana cara untuk membuat semakan wang yang tidak dituntut ini secara online, tahukah anda bagaimana wang yang tidak dituntut diklasifikasikan ?
Wang Tidak Dituntut (WTD) merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau perniagaan sama ada dalam bentuk akaun simpanan, dividen, tuntutan insurans dan sebagainya. Terdapat beberapa kategori yang diklasifikasikan sebagai wang yang tidak dituntut.
- Wang yang perlu dibayar disisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari 1 tahun contohnya seperti gaji, bonus, tuntutan insurans, simpanan tetap dan juga draf bank.
- Wang atau kredit didalam akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dalam tempoh masa lebih dari 7 tahun sebagai contoh akaun simpanan, akaun semasa dan juga akaun simpanan tetap.
- Wang atau kredit didalam akaun dagangan yang tidak dikendalikan oleh empunya dalam tempoh masa lebih dari 2 tahun seperti akaun pemiutang dagangan atau akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
Untuk membuat semakan wang yang tidak dituntut ini, anda boleh layari portal eGUMIS disini : https://egumis.anm.gov.my dan klik pada butang Pendaftaran.
Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran dan klik pada butang Daftar. Nama Pengguna merupakan username akaun yang anda ingin daftarkan, agak janggal bila username dimelayukan. Haha.
Selepas pendaftaran, anda boleh login sistem eGUMIS atau boleh terus login di pautan ini : https://egumis.anm.gov.my/login. Gunakan username dan kata laluan akaun yang anda cipta sebentar tadi dan klik butang Log Masuk.
Kemudian, klik pada Carian Wang Tak Dituntut atau klik pada KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT.
Masukkan nombor kad pengenalan anda atau sesiapa sahaja yang ingin anda semak secara atas talian. Sekiranya terdapat Wang yang Tidak Dituntut, akan dipaparkan maklumat seperti tahun kewangan, nama entiti dan amaun dalam akaun tersebut. Namun, semakan nombor kad pengenalan secara online ini hanya terhad sebanyak 2 carian sehari sahaja.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Wang Tidak Dituntut (WTD) anda boleh rujuk disini : http://www.anm.gov.my/index.php/perakaunan/asas-perakaunan/2-uncategorised/1482-wang-tak-dituntut.
Ketahui Cara Renew SSM Secara Online disini : https://amirazman.my/cara-renew-ssm-secara-online.
Dapatkan Web / Game Hosting anda yang dilengkapi DDoS Protection diĀ https://billing.hostingmalaya.com.
salam singgah. terima kasih atas perkongsian. sebelum ni kak pun tak tau pasal ni. alhamdulillah dpat ilmu baru harini ^_^
Semoga bermanfaat.