BisnesDuit OnlineSosialTeknologi

Shopee Return Poslaju Percuma

Shopee Return Poslaju Percuma

Bermula pada 1 Julai 2020, Shopee telah menawarkan return menggunakan Poslaju secara percuma untuk kesemua order tempatan. Saya rasakan maklumat ini adalah maklumat yang penting untuk dikongsikan memandangkan ada kes-kes terpencil seperti barangan yang rosak atau tidak berfungsi seperti sepatutnya. Apabila Shopee menawarkan kos return Poslaju secara percuma untuk order tempatan ini, ianya memberikan kebaikan kepada pembeli dan juga penjual.

kelebihan shopee kepada pembeli

Manfaat yang diterima oleh pembeli ialah pembeli boleh membuat proses return menggunakan Poslaju dengan mudah dan percuma sekiranya produk yang diterima adalah salah atau telah rosak dengan syarat permohonan return perlu dibuat dalam masa 3 hari selepas produk diterima dari penjual biasa manakala untuk Shopee Mall pula dalam masa 15 hari.

cara return shipping shopee

Selain itu, manfaat ini juga dirasai oleh penjual memandangkan Shopee akan menanggung kos return dengan menggunakan Poslaju. Oleh itu, sekiranya terdapat apa-apa isu berkaitan produk yang diterima oleh pembeli, penjual digalakkan untuk meminta pembeli menggunakan Poslaju untuk memanfaatkan proses return yang mudah dan percuma.

Bagaimana caranya ?

  1. Pembeli boleh membuat permohonan untuk return atau refund dan penjual akan meminta pembeli untuk menghantar semula barangan tersebut kepada mereka dan amaun pembayaran akan dipulangkan semula kepada pembeli.

    Shopee Homepage > Me > My Purchase > Return Refund > Pilih order tersebut. klik pada “Select Courier” > Select Poslaju > Confirm.
    proses return percuma shopee

  2. Kemudian, tracking number akan dipaparkan dan akan dihantar melalui email pembeli. Pembeli boleh memuat turun dan print bil Airway tersebut menggunakan komputer. Pastikan email telah disahkan terlebih dahulu atau pembeli boleh membuat pengesahan pada aplikasi Shopee disini :

    “Me” > Account Settings” > “My Profile” > “Email” > “Verify Now”.
    cara return shopee mudah

  3. Setelah berjaya print bil Airway tersebut, bungkus semula barang yang pembeli terima dari penjual dan pergi ke Poslaju terdekat untuk penghantaran semula. Shopee akan proses refund pembeli setelah penjual menerima dan memeriksa barangan tersebut.

Selain itu, pembeli juga boleh memilih courier lain (selain Poslaju) untuk proses return dan refund, tetapi kos penghantaran semula akan ditanggung oleh pembeli dan sila pastikan tracking number dikemaskini pada sistem Shopee untuk mengelakkan proses return dan refund ini gagal.

Ini adalah salah satu penambahbaikan yang sangat baik daripada Shopee kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri membuat pembelian melalui Shopee, terdapat beberapa kes yang memerlukan saya untuk return semula barang tersebut kepada penjual lebih-lebih lagi apabila terlibat dengan produk barangan terpakai (second hand).

Jom baca tips membeli secara online disini : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Ingin mendaftar Unifi ? Klik disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Leave a Comment