Duit Online

Cara Buat Duit Online Percuma

cara buat duit online percuma

Post kali ini saya akan bongkarkan beberapa cara buat duit online secara percuma. Ya, PERCUMA. Percuma yang saya tekankan disini ialah tanpa modal wang ringgit, namun masih ada juga sesuatu yang anda perlu bayar, seperti masa dan tenaga. Tiada yang percuma di dunia ini. Kah ! Semuanya ada harga atau bayarannya.

Memang Pada zaman era penggunaan internet yang begitu meluas kini, ada beberapa platform ‘cara buat duit online percuma’ yang telah diwujudkan untuk membantu pengguna internet menjana pendapatan sampingan. Ya, terdapat pelbagai platform yang ada, tetapi yang saya akan highlight adalah yang ‘proven’ anda boleh terima, bukan scam atau penipuan dan juga gebang semata-mata.

1. 8SHARE 

8Share, dimana sebelum ini dikenali sebagai SAYS merupakan salah satu platform yang memberikan anda pendapatan berdasarkan perkongsian iklan daripada mereka melalui link khas untuk akaun anda. Mudah sahaja, share iklan anda di mana-mana media sosial seperti Facebook, Twitter, ataupun Google Plus.

contoh iklan 8share

Kebiasaannya anda akan dibayar sebanyak 20sen per klik untuk setiap iklan yang anda kongsikan. Semakin ramai yang klik iklan anda, semakin tinggi bayaran yang anda dapat perolehi. Anda boleh ‘Cash Out’ pembayaran tersebut di dalam akaun bank anda dalam masa yang telah ditetapkan sekiranya anda telah mencapai nilai minimum iaitu RM50 secara keseluruhan.

Namun, pastikan anda tidak melanggar ‘Code of Honor’ seperti trick pengguna untuk klik (Clickbait!) , Spam, penipuan klik dan sebagainya. Sekiranya anda melanggar syarat-syarat diberikan, Boom ! Burn, baby burn ! Dibawah saya sertakan screenshot dimana jumlah yang saya pernah cashout satu ketika dahulu sewaktu saya masih aktif berkongsi iklan 8Share.

8share cashoutcashout 8share

Selepas dari itu, lama saya tak aktif disebabkan kekangan masa, menghabiskan sisa-sisa degree dan sebagainya. Sehinggalah saya sedar, balance dalam akaun saya direset disebabkan saya tidak login dalam jangka masa yang lama.

8share reset

Lama juga saya dapat menjana pendapatan menggunakan 8share ini, sehinggakan saya dapat grab 71 referrals yang berjaya (buat masa ini) dan ratusan lagi referrals yang masih belum completekan lagi syarat-syarat untuk menjadi successful referrals. Yes, dulu gua ada blog yang agak fames dan Google PageRank yang agak tinggi, tapi disebabkan tak ada masa update, maka berkuburlah domainnya ditelan oleh Godaddy. Kah ! Sudah hampir 5 tahun, masih lagi dipegang erat oleh GoDaddy, tidak available lagi.

Sesiapa yang berminat untuk mendaftar 8Share, boleh daftar disini : http://bit.ly/14e2nya. Jangan langgar Code of Honor ya ! Baca dahulu FAQ sebelum anda buat perkongsian.

2. NUFFNANG

Nuffnang merupakan salah satu platform untuk web ataupun blog advertising yang sama seperti Google Adsense atau Innity tetapi syarat untuk memaparkan iklan dari platform ini agak longgar berbanding advertising platform yang lain.

Anda cuma perlu memasangkan code pada Header, Sidebar, atau Content blog anda untuk memaparkan iklan-iklan yang akan automatik dipaparkan di web anda. Kemudian, anda akan dibayar berdasarkan jenis earning yang anda dapat seperti CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) ataupun CPC (Cost-Per-Click). Kebiasaanya anda akan dibayar sebanyak 25sen per klik.

Melalui platform Nuffnang ini juga, saya telah menjana lebih daripada RM500 secara on off, tidak berapa aktif pun. Selagi ada pelawat di laman web atau blog kita klik, selagi tu kita akan terima bayaran. Minimum untuk cashout juga serendah RM50 sahaja. Anda boleh memaparkan iklan-iklan tersebut di kesemua blog atau website anda, asalkan anda pasang code iklan tersebut. Mudah kan ?

Dibawah saya akan tunjukkan cashout saya semasa saya masih lagi aktif dengan Nuffnang.

cashout nuffnang

Sambil-sambil buat blogpost, daripada tidak dapat apa-apa, lebih baik pasang iklan dan terima juga bayaran walaupun sedikit, kan ? Nanti agak2 dah jadi famous gitu, buat paid review pulak, iklan berbayar pulak di blog atau web anda. Setiap platform ada syarat-syaratnya, sila teliti ya !

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar akaun Nuffnang, anda boleh daftar disini : https://www.nuffnang.com.my.

3. CHURPCHURP

ChurpChurp juga merupakan platform yang lebih kurang sama dengan 8Share, tetapi agak kurang aktif berbanding 8Share buat masa ini. Namun, saya pernah cashout 2 kali menggunakan platform ini. Sudah terlalu lama saya tidak buka ChurpChurp sehinggakan link referral juga saya sudah tidak jumpa dimana. Berkemungkinan besar ChurpChurp sudah kurang ataupun tidak aktif lagi.

Dibawah saya tunjukkan screenshot cashout saya di ChurpChurp sebelum ini.

cashout churpchurp

Untuk mereka yang ingin mendaftar churpchurp, anda boleh mendaftar disini : https://my.churpchurp.com.

Platform-platform diatas ini antara platform ‘cara buat duit online’ yang saya gunakan semasa masih belajar untuk menjana pendapatan sampingan disebabkan caranya yang agak mudah dan tidak terlalu teknikal. Terdapat pelbagai lagi platform-platform baru yang akan saya kongsikan pada post yang akan datang.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tips dan juga sistem perniagaan yang awesome, anda boleh layari niagainternet.com. Antara sistem yang best adalah automasi Facebook, Instagram dan pelbagai lagi yang anda boleh dapatkan disana.

Bagaimana pula cara buat duit online percuma yang anda gunakan ? Jom kongsi dengan saya.

Sekiranya anda berminat untuk ketahui ‘Tips Buat Duit Online’, anda boleh baca post tersebut disini : https://amirazman.my/tips-buat-duit-online.

%d bloggers like this: