Straight to the point, ini bukan 512B IT Trading paid ads, advertorial atau lain-lain yang seangkatan dengannya. Hanya sharing pengalaman saya membeli barangan daripada mereka melalui Shopee.
Beberapa bulan lepas, saya ada merancang untuk membuat sebuah PC dengan barang-barang terpakai yang saya beli dari rakan dan juga milik saya sendiri dan salah satu barangan yang saya perlukan ialah motherboard. Memandangkan processor yang saya gunakan juga merupakan Intel generasi ke 4, jadi agak sukar juga untuk mendapatkan motherboard dengan mudah memandangkan processor tersebut merupakan processor yang agak lama jika nak dibandingkan dengan yang terbaru generasi 10 (pada waktu ini).
Antara cara terbaik untuk mendapatkan motherboard ini dengan mudah ialah melalui online sama ada new ataupun used. Dalam survey-survey di Shopee, saya terjumpa dengan seller Shopee yang bernama ‘ymchiew119g‘ dan beliau memiliki Facebook Page : 512bit Trading dan kedai beliau menjual pelbagai barangan komputer seperti motherboard, graphic card dan sebagainya termasuklah juga dengan barangan komputer terpakai.
So, saya pun order motherboard used dan diberikan waranti selama sebulan + sebulan lagi sekiranya memberikan kedainya 5 star di Shopee. Namun, dalam beberapa hari menggunakannya, saya perasan motherboard ini sepertinya bermasalah memandangkan berlakunya rebooting secara tiba-tiba walaupun pada temperature yang rendah, dan dalam BIOS juga boleh terjadinya booting. Saya terus inform seller berkenaan isu ini dengan harapan untuk replacement dan tanpa berunding panjang, beliau minta saya resend balik motherboard tersebut ke 512B IT Trading dan replacement akan dihantar secepatnya.
Yes, tak sampai 3 hari motherboard replacement sudah sampai kepada saya dan ianya berfungsi dengan baik sehingga kini. Barang-barang yang dipos juga dibungkus menggunakan bubble wrap dan kotak yang baik, serta kos pengeposan replacement tersebut juga ditanggung sepenuhnya oleh seller. Saya sangat berpuas hati dengan produk serta after sales service beliau, membawa kepada kenapa saya menulis post ini. Mungkin akan datang, dengan penulisan ini menjadi asbab beliau dimurahkan rezeki, termasuk juga dengan diri saya sendiri.
Dapat berurusan dengan baik dan lancar juga merupakan salah satu rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan. Saya ingin nasihatkan mereka yang ingin membeli barangan secara online, sila ambil kira review pembeli sebelum ini juga lebih-lebih lagi apabila melibatkan barangan terpakai yang tidak mempunyai waranti yang tetap. Dibawah adalah contoh review yang saya jumpa pada seller lain sebelum saya mengambil keputusan untuk membuat pembelian dengan 512B IT Trading.
Walau bagaimanapun, kemungkinan pengalaman setiap pembeli itu tidak sama, jadi sekiranya anda ada pengalaman membeli apa-apa produk daripada 512B IT Trading yang ingin anda kongsikan, anda boleh kongsikan pada ruangan komen dibawah.
Tips Membeli Secara Online : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.
Shopee Return Poslaju Percuma : https://amirazman.my/shopee-return-poslaju-percuma.