KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Apa Itu Mesh WiFi

apa itu Mesh WiFi

Apa itu Mesh WIFI ?

Secara personal, saya sendiri ada menerima beberapa SMS daripada Unifi mengenai tawaran Mesh WiFi dengan komitmen bulanan sebanyak RM15/bulan. Untuk pengetahuan anda, Mesh Wifi merupakan salah satu cara alternatif untuk memperluaskan lagi rangkaian WiFi dirumah anda. Jika rumah anda besar dan luas serta rangkaian WiFi daripada modem Unifi atau Home Fibre anda tidak dapat dicapai pada mana-mana sudut tertentu di rumah, maka Mesh WiFi merupakan satu solusi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

tawaran mesh wifi unifi

Mesh WiFi sedikit berbeza berbanding WiFi Extender. WiFi Extender akan menggunakan rangkaian WiFi yang berbeza yang boleh mengakibatkan sambungan terputus jika pengguna bergerak dari satu sudut, ke satu sudut yang lain bergantung pada rangkaian, manakala Mesh WiFi akan menggunakan rangkaian WiFi yang sama bagi setiap sudut yang dan sambungan tidak akan terputus dan menyokong sambungan device yang banyak dan pelbagai. Mesh WiFi juga menyokong sambungan 2.4GHz dan juga 5GHz.

wifi extender disconnection

Jika anda kurang jelas perbezaan 2.4GHz dan 5GHz, anda boleh layari post saya sebelum ini disini : https://amirazman.my/speed-unifi-tidak-seperti-dijanjikan.

mesh wifi dead zone

Daripada FAQ Mesh WiFi yang ditawarkan oleh Unifi disini : https://unifi.com.my/sites/default/files/page/assets/documents/unifiAir/FAQs-MeshWiFiOfferings.pdf, anda boleh mendapatkan Mesh WiFi dengan bayaran sebanyak RM15/bulan selama 2 tahun atau RM360 untuk bayaran penuh dan Unifi menggunakan Mesh WiFi model TP-LINK DECO M4: AC1200.

mesh wifi tplink

Untuk siapa yang bagus guna Mesh WiFi ini ?

  • Mereka yang mempunyai rumah yang besar dan luas.
  • Terdapat sudut atau kawasan rumah yang tidak dapat mencapai rangkaian WiFi modem Home Fibre yang telah disediakan oleh pemasang.
  • Mereka yang inginkan internet yang stabil walaupun semasa bergerak di pelbagai sudut atau kawasan rumah.

Mungkin video abe cerah daripada Youtube Monaliza dibawah dapat membantu anda memahami dengan lebih baik kegunaan Mesh WiFi.

Selain Unifi, Maxis juga ada menawarkan Mesh WiFi ini pada dimana anda boleh lihat tawaran mereka disini serendah RM25/bulan dengan langganan Zerolution : https://www.maxis.com.my/devices/brands/airties/mesh-wifi. Walau bagaimanapun, anda masih lagi boleh membeli Mesh WiFi ini di mana-mana sahaja sekiranya anda berminat untuk menggunakannya memandangkan pemasangannya juga sangat mudah dan pantas.

Saya ada sediakan video Youtube dibawah sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana pemasangan Mesh WiFi boleh dilakukan.

Sebagai peringatan, tawaran Mesh WiFi Unifi ini merupakan tawaran Deco M4 yang 2 unit sahaja ya, bukan 3 unit serta Mesh WiFi yang ditawarkan khas daripada Maxis pula menggunakan modem yang berbeza iaitu AIRTIES Air4830 Mesh WiFi.

Diharap post ini dapat membantu anda memahami apa itu Mesh WiFi dan kegunaannya secara umum. Sekiranya anda inginkan maklumat yang lebih jelas dan terperincin mengenai model TP-Link Deco M4 yang ditawarkan oleh Unifi ini, anda boleh layari : https://www.tp-link.com/my/home-networking/deco/deco-m4/v1%20(2-pack).

Semoga bermanfaat.

Ingin mendaftar Unifi Home/Business ? Klik disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Leave a Comment