KehidupanTeknologi

Review Imperion Trooper 10

Review Imperion Trooper 10

Pada kali ini saya akan review keyboard Imperion Trooper 10, iaitu keyboard yang saya beli di kedai fizikal dalam lebih kurang 1 bulan lepas dalam keadaaan rushing untuk siapkan PC. Selama ini memang saya gunakan laptop 24/7 bertahun-tahun jadi rasa kesian pula memandangkan hinge laptop pun dah ada sedikit retak, so memang terus prepare build PC sahaja untuk long term usage. Malas nak melalut panjang-panjang, jadi ini review saya menggunakan keyboard Imperion Trooper 10.

Saya kurang pasti bila keyboard ini dilancarkan, tetapi apabila saya Google, saya lihat abe cerah Monaliza pernah buat giveaway keyboard ini pada akhir tahun 2018. Jadi, mungkin around 2018 jugalah keyboard ini dilancarkan. Saya sertakan video tersebut dibawah.

Seperti pada gambar diatas sekali, keyboard ini dimarketkan¬† sebagai ‘OTUM Blue Switch’ tetapi seperti yang dijelaskan oleh abe cerah, sebenarnya keyboard ini menggunakan OETEMU Blue Switch. Harga saya beli juga lebih kurang sama seperti yang dikatakan di dalam video iaitu dalam RM129. Saya lihat di Shopee juga memang harga sekitar harga tersebut lagi dan tiada penurunan yang ketara.

Antara yang menarik pada keyboard ini :

  1. Build agak kukuh, body diperbuat daripada high quality aluminium.
  2. Ada lighting effects acah-acah gamers and stylish.
  3. Blue Switch so memang clicky acah-acah rajin.
  4. Kabel USB yang tebal dan kelihatan tahan lama.
  5. Tak ada software, so terus je pakai guna button shortcut fn+? untuk tukar-tukar lighting effects.

Yang mengecewakan (pendapat personal) :

  1. Tidak fully customized lighting effects dan warnanya static, tidak boleh berubah.
  2. Keyboard ini tidak save last lighting effects. Maksudnya perlu tukar semula ke lighting effects yang dimahukan setiap kali connect ke PC/laptop atau reboot/restart.
  3. Ada kalanya disconnection berlaku yang akan buat typo terjadi.

Saya kurang pasti sama ada disconnection yang berlaku itu adakah disebabkan keyboard yang saya dapat ini faulty/bermasalah. Bagi saya yang sering menggunakan keyboard untuk menaip coding/post memang akan perasan perkara ini terjadi. Saya sudah cuba gunakan pada laptop dan PC, dan perkara ini terjadi kepada kedua-duanya.

Jika ingin dibandingkan dengan keyboard Tecware Phantom RGB yang saya beli pada tahun lepas, saya rasakan Tecware Phantom RGB lebih baik berbanding keyboard ini. Sesuai dengan harganya yang sedikit tinggi pada waktu itu (dalam RM160+) dan baru-baru ini saya lihat harga terbaru Tecware Phantom RGB mencecah RM199 di Shopee.

Jika anda mahu mencuba menggunakan mechanical keyboard dan mempunyai bajet dalam bawah RM120, boleh terima lighting statik dengan effect yang terhad dan long lasting, mungkin keyboard ini sesuai untuk anda. Anda boleh lihat laman rasmi mereka disini : http://www.imperionglobal.com/kgm10f-trooper10.

Telefon Pintar Anda Hilang ? Klik Disini : https://amirazman.my/telefon-pintar-anda-hilang.

Ingin mendaftar Unifi Home/Business ? Klik disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

One Response