KehidupanTeknologi

Apa Yang Kita Takutkan Dengan AI ?

Apa Yang Kita Takutkan Dengan AI

Apa yang kita takutkan dengan AI ?

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan dengan menggunakan AI. Data dapat kita peroleh dengan sangat mudah & pantas, segala perkara berulang kita boleh automasikan, termasuklah juga proses penciptaan pelbagai media digital seperti gambar, teks, bagaimana kita boleh train AI untuk berinteraksi dengan manusia dan sebagainya.

Akan tetapi, downside nya juga agak banyak.

Banyak page-page yang menyamar sebagai selebriti dan memberikan link phishing dengan tujuan untuk scam pengguna yang mengisi borang yang diberikan pada link tersebut. Cara ini hampir sama dengan cara bagaimana pengguna telegram ditipu melalui link-link bantuan scam.

Seperti yang terjadi kini, banyak produk yang dijual menggunakan suara AI yang mirip dengan suara-suara selebriti dan influencer terkenal yang sudah semestinya dapat menarik pengguna untuk membuat pembelian produk tersebut.

Sekiranya produk tersebut selamat, dan sah disisi undang-undang tak mengapa. Bagaimana pula dengan produk yang tidak disahkan selamat, dan melanggar undang-undang seperti produk perubatan yang overclaim ?

page scam produk AI

Anda boleh lihat, logo page ini sendiri menyerupai logo kementerian dan membuat iklan berbayar untuk pelbagai produk dengan informasi yang jelas sangat overclaim !

Adakah KKM membuat pengumuman mengenai penurunan berat badan dengan bedak ? Dan video pada iklan juga menggunakan pelbagai selebriti tempatan seperti Ebit Lew, Khairul Ameng, Siti Nurhaliza, Fazura, dan pelbagai lagi selebriti tanah air.

Domain websitenya juga memang nyata-nyata cuba mengelirukan pengguna dengan domain yang menggunakan perkataan hospital malaysia.

Website dan page seperti inilah yang seharusnya disekat oleh SKMM atau MCMC supaya tidak ramai pengguna tertipu dengan copywriting overclaim sebegini dan belum tentu lagi produknya disahkan oleh KKM.

page overclaim kkm

Dengan begitu mudahnya kaedah pembelian sekarang ini seperti COD, lebih merisaukan apakah yang akan terjadi kelak.

Itu belum lagi dengan masalah data privasi yang boleh dikatakan Malaysia mengalami masalah yang agak serius. Data seperti nombor kad pengenalan, alamat dan no telefon terlalu bersepah di pelbagai platform dokumen seperti di Scribd.com.

Berbalik semula kepada penggunaan AI, sekiranya digunakan secara bermanfaat, sudah semestinya ianya sangat bagus dan meningkatkan produktiviti pengguna.

Sentiasa berhati-hati dengan produk yang anda beli, lakukan research terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan lebih-lebih lagi membeli produk yang tidak tahu keberkesanan dan kesan sampingannya kepada kesihatan kita kelak.

kelebihan AI dalam kehidupan

Adakah perlu untuk kita takutkan dengan AI ? Perlu sekiranya penggunaan AI itu memberi kemudaratan kepada kita. Adalah lebih baik untuk kita terokai penggunaan AI dalam kehidupan kita untuk menjadikan kita lebih produktif dan memberikan kelebihan dalam kehidupan kita.

Diingatkan juga AI hanyalah sebagai ‘alat bantuan’ atau panduan kita sahaja, tidak semestinya kita perlu mengikut input daripada AI 100% tanpa membuat research sepenuhnya terlebih dahulu.

Ketahui Cara Membuat Semakan Website Yang Disekat SKMM atau MCMC disini : https://amirazman.my/semakan-masalah-website-yang-disekat-oleh-skmm.

Dapatkan 300W USB Charger Type C 5 Ports disini : https://shope.ee/7AERbPIJZW.

Leave a Comment