KehidupanTeknologi

Masalah iPhone Green Screen Of Death

Masalah iPhone Green Screen Of Death

Masalah iPhone terkena green screen of death ini adalah masalah yang sering ditakuti oleh pengguna iPhone. Bukan sahaja pengguna lama, malah yang gunakan bawah 1 tahun juga ada yang mengalami masalah ini.

Saya bukanlah menggunakan iPhone sebagai daily driver saya, tetapi sedikit sebanyak perkongsian di group Malaysia iPhone Users banyak memberi manfaat kepada pengguna iPhone sekiranya terjadi apa-apa masalah.

Anda boleh join group Malaysia iPhone Users disini : https://www.facebook.com/groups/iPhoneMalaysia.

Berbalik kepada masalah utama, bukan green screen sahaja, ada juga pengguna yang terkena dengan yellow/white screen sebagai contohnya seperti dibawah.

iphone yellow screen

Ramai yang mengatakan isu ini disebabkan oleh penggunaan skrin OLED daripada Samsung, walau bagaimanapun itu bukanlah tujuan kita untuk post ini.

Saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk anda selesaikan isu masalah skrin ini pada iPhone.

  • Sekiranya iPhone anda masih dalam warranty, claim sahaja memandangkan warranty anda masih ada. Proses agak mudah untuk anda dapat replacement skrin memandangkan masih dalam warranty. Jangan pula anda minta kedai 3rd party untuk repair sekiranya masih dalam warranty, ditakuti akan void warranty sekiranya telah dibuka oleh 3rd party.

 

  • Sekiranya iPhone anda tiada warranty lagi :
  1. Hubungi Apple Center 1800803638 dan maklumkan bagaimana masalah skrin itu terjadi, kemudian kekecewaan dengan produk iPhone yang bermasalah bukan disebabkan oleh pengguna.
  2. Apple Center akan minta maklumat seperti serial number, apple ID, email dan sebagainya dan akan minta kita hantar telefon tersebut ke cawangan Switch/Machines yang berhampiran.
  3. Pihak Apple akan hantar email dan bayaran kepada Switch/Machines diperlukan sebanyak RM100 untuk membuka case report tersebut.
  4. Kemudian, pihak Apple akan meminta untuk respond email mereka mengenai case report tersebut untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
  5. Pihak Apple akan berurusan dengan pihak Switch/Machines dan mereka akan buat semakan. Sekiranya tiada masalah lain, anda akan dapat claim skrin replacement secara percuma.
  6. Jika proses claim berjaya, pihak Apple akan hubungi dan akan memberitahu anda dapat claim replacement skrin percuma walaupun warranty telah tamat dan tunggu dalam masa 1-14 hari untuk mengambil semula telefon anda di Switch/Machines yang dihantar.

Atau sekiranya anda rasa leceh proses untuk claim replacement skrin secara percuma ini, anda mungkin boleh selesaikan masalah itu dengan mana-mana kedai 3rd party, mungkin menelan kos dalam RM200~RM600.

Pernah alami isu ini ? Bagaimana cara anda buat replacement skrin tersebut ? Kongsikan dengan kami pengalaman anda pada ruangan komen di bawah.

Saya juga baru sahaja mengambil pelan iPhone bundle plan dengan YES 5G dalam bulan lepas semasa pelancaran pelan tersebut, memandangkan bagi saya ianya sangat berbaloi berbanding telco-telco lain.

Boleh lihat perkongsian saya membuat perbandingan pelan iPhone bundle daripada setiap telco disini :

Diharap perkongsian mengenai masalah iPhone green screen ini dapat memberi manfaat kepada anda dan membantu anda dalam menyelesaikan atau mendapatkan replacement skrin dengan mudah.

Saya galakkan anda join group Facebook Malaysia iPhone Users disini : https://www.facebook.com/groups/iPhoneMalaysia kerana banyak input-input berguna kepada pengguna iPhone serta perkongsian menarik daripada ahli-ahlinya.

Dapatkan casing berkualiti tinggi iPhone disini : https://shope.ee/10dOFOWk8w.

Jom guna apps Setel & terima RM7 PERCUMA disini : https://amirazman.my/kelebihan-aplikasi-setel-petronas.

Leave a Comment