KehidupanTeknologi

Review JBL TUNE 710BT Wireless Headphone

Review JBL TUNE 710BT Wireless Headphone

Ini adalah review saya apabila menggunakan JBL TUNE 710BT iaitu sebuah wireless headphone selama sekitar 2 bulan. Ada beberapa perkaralah yang saya berkenan, dan sedikit kurang berkenan dengan headphone ini.

Sebelum itu, saya ingin kongsikan beberapa spesifikasi penting headphone JBL TUNE 710BT ini :

  1. Support wireless bluetooth connection.
  2. Mampu bertahan 50 jam penggunaan. Dikatakan cas 5 minit sahaja dapat penggunaan selama 3 jam.
  3. Sangat sesuai untuk bawa travel sebab foldable dua cara, biasanya headphone foldable 1 cara sahaja.
  4. Support multi connection, boleh tukar daripada 1 device kepada device lain dengan mudah.
  5. Ada hands free call dan voice assistant.
  6. Driver size 40mm, dan bluetooth version 5.0.

Anda boleh baca spesifikasi penuh disini : https://www.jbl.com.my/over-ear-headphones/TUNE710BT-.html.

Spesifikasi yang diberikan memang agak baik, tetapi bagi saya ada produk lain yang boleh tawarkan lebih baik pada tanda harga RM279, nilai yang saya belanjakan untuk membeli produk ini.

Diantara yang saya kurang berkenan pada headphone ini adalah :

  1. Tiada support apps, ada headphone yang berharga lebih rendah daripada ini dan support apps.
  2. Tiada Active Noise Cancellation (ANC), juga masih ada headphone yang berharga lebih rendah daripada ini yang support ANC.
  3. Kedudukan port 3.5mm audio jack berada di sebelah kanan, kebiasaannya saya gunakan headphone audio jack di sebelah kiri.
  4. Diiklankan sebagai over-ear headphone, tetapi bila sampai tidaklah over-ear. Tengok gambar iklan macam over-ear. Kecewa sungguh, haha.
  5. Kabel audio yang digunakan bukanlah 3.5mm audio jack seperti kebanyakan headphone biasa, tetapi menggunakan 3.5mm to 2.5mm seperti dalam gambar dibawah.
    cable jbl tune 710bt

Walau bagaimanapun, review saya mengenai JBL TUNE 710BT ini selepas 2 bulan penggunaan, earpad masih lagi dalam keadaan baik, agak selesa di telinga, sound pula lebih kurang sama dengan headphone lain yang menggunakan driver size 40mm, begitu juga dengan microphone. Memandangkan tiada aplikasi support untuk headphone ini, sangat sukar untuk bermain dengan equalizer dan sebagainya.

Konklusinya, bagi saya sekiranya anda tidak cerewet dengan audio jack yang digunakan, inginkan headphone yang tidak berat dan mudah untuk dibawa travel, jenis earpad yang selesa dan tidak prefer over-ear headphone, mungkin headphone JBL TUNE 710BT ini sesuai untuk anda.

Saya lihat di Shopee, terdapat sale serendah RM249 sahaja untuk Payday Sale 25 Disember 2023 ini, sekiranya anda berminat mungkin anda boleh dapatkannya disini : https://shope.ee/4fWa7NCnw3.

Atau mungkin anda boleh sahaja download aplikasi JBL Headphones dan melihat produk-produk JBL yang lain yang disokong aplikasi tersebut.

Sudahkah anda claim eMADANI Ewallet RM100 ? Ketahui cara untuk claim menggunakan TNG disini : https://amirazman.my/cara-claim-emadani-rm100-di-tng-ewallet.

Leave a Comment