TeknologiTelekomunikasi

Semakan Masalah Website Yang Disekat Oleh SKMM

Semakan Masalah Website Yang Disekat Oleh SKMM

Ini merupakan bagaimana cara untuk membuat semakan masalah website yang mana rupa-rupanya disekat oleh SKMM.

Pada mulanya terdapat anonymous participant di group KKWP Facebook yang bertanyakan masalah mengenai laman webnya yang sangat sukar diakses pada waktu tertentu.

Diantara masalah yang beliau senaraikan ialah :

  1. Website kerap sukar diakses pada waktu malam sekitar 8 malam. Tetapi esoknya berfungsi dengan baik.
  2. Setiap malam sukar diakses, tetapi boleh diakses menggunakan VPN.
  3. Cubaan deactivate plugin/uninstall wordpress masih tidak dapat menyelesaikan isu ini.
  4. Sudah hubungi provider hosting, juga tiada solution daripada pihak provider hosting.

Jadi antara langkah awal yang saya lakukan dalam semakan website ini :

  1. Semak DNS propagation website, apabila saya semak, tiada masalah kepada global DNS, jadi sepatutnya website tiada masalah untuk diakses.
  2. Semak intoDNS untuk pelbagai rekod DNS, nameservers dan sebagainya. Juga kelihatan tiada sebarang masalah yang menjadikan website bermasalah untuk diakses.
  3. Cubaan ping kepada nameserver dan hostname website, keputusannya agak pelik kerana pointing kepada 1 IP sahaja.

Daripada keputusan ping ini, saya cuba google IP result daripada ping tersebut iaitu 175.139.142.25, rupa-rupanya IP tersebut digunakan oleh SKMM atau MCMC untuk forward dan dekat website daripada dibuka hasil daripada result google search daripada pelbagai website yang pernah disekat oleh SKMM terdahulu.

Anda boleh lihat video proses saya membuat semakan ini dibawah :

Yang peliknya, sebelum ini sekiranya website tersebut disekat SKMM, sudah pasti keluar notifikasi yang website tersebut telah pun disekat, tetapi pada waktu ini tiada notifikasi tersebut dipaparkan dan membuatkan kita tertanya-tanya mengapa sebenarnya website tersebut bermasalah.

Contoh laman yang dipaparkan pada laman web yang disekat sebelum ini seperti dibawah :

contoh website disekat skmm

Jadi, apakah solusinya apabila terjadinya masalah website disekat oleh SKMM seperti ini ?

  1. Mungkin pemilik website boleh membuat rayuan untuk semakan semula atau sebagainya sekiranya website tersebut kandungannya tidak melanggar undang-undang negara.
  2. Perbetulkan kandugan website dan buat rayuan semula sekiranya bernasib baik.
  3. Gunakan domain lain dan perbetulkan kandungan supaya tidak melanggar undang-undang negara. Sekiranya tidak perbetulkan kandungan, kemungkinan besar domain baru pula akan disekat oleh SKMM kelak.

Pertukaran hosting tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini selagi domain yang digunakan adalah domain yang telah disekat. Agak renyah pula jika pengguna website kita perlu tukar DNS atau sebagainya semata-mata untuk mengakses kandungan website kita.

Ketahui Apa Itu Shared Hosting & VPS Hosting disini : https://amirazman.my/apa-itu-shared-hosting-vps.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Dilengkapi DDoS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment