Apa itu Shared Hosting & VPS Hosting ?
Terdapat segelintir web developer yang ambil jalan mudah mengenai pemilihan hosting yang sesuai dengan resources yang digunakan pada laman web, sama ada pemilihan spesifikasi yang terlalu ‘overkill’ atau terlalu rendah. Dengan kata lainnya, web developer harus mengambil kira high peak user/visitor, dan resources yang diperlukan untuk memastikan laman web tersebut berjalan tanpa sebarang masalah. Ini hanyalah perkongsian ringkas daripada saya.
Terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira dalam membuat pemilihan sama ada menggunakan VPS atau Shared Hosting.
Segelintir web developer yang mengambil jalan mudah menggunakan VPS serendah 5 USD sebagai contohnya Digital Ocean, Linode, AWS, Alibaba Cloud dan sebagainya untuk memastikan resources yang tersedia lebih baik tetapi tidak mengambil kira hal-hal lain sebagai contohnya sekuriti laman web dan isu teknikal dan pengurusan VPS.
Kebiasaannya, terdapat 2 jenis VPS yang disediakan oleh syarikat hosting iaitu : Managed VPS Hosting dan juga Unmanaged VPS Hosting.
Managed VPS Hosting kebiasaannya pengurusan VPS diuruskan oleh syarikat hosting sebagai contohnya kemaskini vps, maintenance, software dan sebagainya dan ianya tidak termasuk kepada web development memandangkan mereka hanya fokus kepada pengurusan berkaitan VPS sahaja. Managed VPS Hosting ini sangat sesuai bagi mereka yang masih baru dalam penggunaan VPS dan kurang pengalaman dalam menguruskan VPS. Walau bagaimanapun, kos sewaan server sudah pasti lebih tinggi berbanding unmanaged memandangkan ianya diuruskan oleh syarikat hosting.
Berbeza pula dengan Unmanaged VPS Hosting dimana pengurusan VPS sepenuhnya diuruskan oleh web developer dan syarikat hosting hanya akan menjaga pengurusan fizikal server dan availability server tersebut. Sekiranya anda mempunyai mengalaman menguruskan server, sekuriti dan masalah teknikal server, mungkin Unmanaged VPS Hosting ini sesuai untuk anda memandangkan kos sewaan server yang lebih murah.
Shared Hosting pula sudah semestinya diuruskan oleh syarikat hosting, tetapi ditawarkan dengan beberapa spesifikasi yang dikongsikan dengan user lain. Shared Hosting ini sangat sesuai bagi laman web yang menggunakan spesifikasi yang rendah dan user/visitor yang tidak terlalu ramai. Kebiasaannya Shared Hosting menawarkan Control Panel yang memudahkan pengurusan web hosting sebagai contohnya cPanel dan kos sewaan yang hampir sama dengan Unmanaged VPS Hosting.
Jika ditanya pendapat saya, sekiranya anda masih baru dalam web development, mulakan dengan Shared Hosting. Penggunaan Shared Hosting sangat mudah dan tidak memerlukan teknikal yang terlalu dalam, kebanyakannya hanya menggunakan Control Panel sahaja dan sesuai untuk website yang tidak menggunakan spesifikasi yang tinggi. Isu berkaitan dengan hosting juga kebanyakannya boleh dirujuk dengan technical team atau support team yang disediakan oleh syarikat hosting.
Manakala apabila anda memerlukan spesifikasi yang lebih tinggi dan tidak mempunyai pengalaman menggunakan VPS, anda boleh memilih Managed VPS dimana masalah teknikal serta pengurusan VPS akan diuruskan oleh syarikat Hosting dan sekiranya anda mempunyai pengalaman dalam menggunakan VPS, memahami pengurusan VPS, sekuriti dan sebagainya, Unmanaged VPS merupakan pilihan yang paling ideal.
Walau bagaimanapun, anda juga harus ambil kira produk dan servis yang ditawarkan sebagai contoh sekuriti laman web, DDos Protection, Auto Backup dan sebagainya.
Ketahui Tips Pemilihan Spesifikasi Hosting : https://hostingmalaya.com/tips-pemilihan-spesifikasi-hosting.
Kenapa Harga Web Sistem Mahal ? : https://amirazman.my/kenapa-harga-web-sistem-mahal.
Dapatkan Web Hosting Dilengkapi dengan DDoS Protection dan Auto Backup disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.