Duit OnlineTeknologi

Google Adsense Ads Limited

google adsense ads limited

Pernah atau tidak akaun Google Adsense anda mengalami isu ads serving has been limited ? Masalah ini akan menyebabkan iklan adsense tidak dipaparkan pada laman web anda pada tempoh masa yang tertentu ditetapkan oleh Google Adsense. Post ini secara keseluruhan adalah pengalaman saya mengalami masalah Ad serving has been limited ini sehingga ianya selesai. Untuk pengetahuan anda, ini ialah Content Host Adsense ya, bukan Youtube Host.

ads google adsense limited

Seperti yang anda lihat diatas, saya mula mengalami isu ini bermula pada 6 Oktober 2020 dan sehingga hari ini, notifikasi ads limited ini masih lagi ada walaupun iklan sudah mula muncul seperti biasa. Mungkin masih dalam proses semakan daripada Google Adsense mengenai akaun saya ataupun notifikasi ini lewat dikemaskini oleh mereka.

impression google adsense

Dalam laporan diatas menunjukkan Page Views pada garisan merah dan juga Impressions pada garisan kuning. Untuk memudahkan memahami laporan ini, page views merupakan bilangan page laman web yang dipaparkan kepada pelawat laman web manakala impression pula ialah bilangan ads dipaparkan kepada pelawat laman web. Bilangannya lebih tinggi dari page views kerana kebiasaannya 1 post atau page akan memaparkan lebih daripada 1 iklan sebagai contohnya iklan pada header, sidebar dan juga in-article.

Page Views kelihatan average, lebih kurang sama sahaja pada bulan Oktober, tetapi anda boleh lihat bermula pada 7 Oktober, impressions menurun mendadak dan iklan Adsense tidak dipaparkan pada laman web saya sehinggalah pada 19 Oktober. Namun, bermula pada 20 Oktober 2020, iklan sudah mula dipaparkan seperti biasa walaupun status warning seperti diatas masih lagi dipaparkan.

Apa yang boleh dilakukan untuk selesaikan masalah Ads serving limited yang disebabkan oleh invalid traffic concern ini ? Tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Semakan ini akan dibuat oleh pihak Google Adsense sendiri untuk monitor dan resolve the issue.

Terdapat beberapa tips yang diberikan oleh Google Adsense mengenai invalid traffic concern ini :

  • Ketahui trafik serta pelawat yang anda terima.
  • Elakkan partner dengan low-quality ad networks, search engine atau directory sites untuk mendapatkan pelawat.
  • Jangan sesekali klik pada iklan yang dipaparkan pada laman web anda sendiri.
  • Buat semakan terhadap code implementation, pastikan tiada programming errors dalam code paparan iklan.

Anda boleh lihat maklumat mengenai polisi Ad Serving Limits disini : https://support.google.com/adsense/answer/9437976?hl=en-GB.

iklan google adsense website

Alhamdulillah, iklan adsense telah mula dipaparkan semula pada website saya dan pendapatan daripada Adsense juga sudah mula dipaparkan pada laporan Adsense.

Bagi mereka yang baru terkena isu ini, jangan risau sekiranya anda tidak melakukan apa-apa kesalahan yang melanggar polisi Adsense dan tunggu sahaja semakan dibuat. Cuma downside apabila iklan Adsense anda tidak dipaparkan, anda juga akan berhenti menerima pendapatan daripada Adsense sehinggalah iklan Adsense anda muncul semula.

Diharap perkongsian ini dapat membantu pengguna Google Adsense diluar sana yang mengalami masalah ini pada masa akan datang. Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman dengan isu ads serving limited ini, kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.

Tutorial Meletakkan Iklan Adsense : https://amirazman.my/tutorial-meletakkan-iklan-adsense.

 

Leave a Comment