TeknologiTelekomunikasi

Pembelian Domain Website Murah

Pembelian Domain Website Murah

Bagaimanakah cara untuk membuat pembelian domain website dengan harga yang murah ? Ini antara persoalan yang sering ditanyakan oleh web developer atau pelajar yang ingin berjinak-jinak dengan web development untuk Projek Sarjana Muda (PSM) atau Final Year Project (FYP) dengan lebih praktikal dan memahami software dan sistem yang digunakan industri secara meluas.

Untuk membina sebuah laman web, anda memerlukan domain dan hosting untuk memastikan laman web tersebut boleh diakses secara atas talian dengan baik. Domain merupakan alamat atau nama laman web anda sebagai contohnya domain saya AmirAzman.MY dan hosting pula secara ringkasnya merupakan storage untuk penyimpanan fail dan data sebagai contohnya teks, imej, video dan sebagainya.

Kedua-dua ini saling memerlukan untuk memudahkan akses pengguna atau pelawat ke laman web anda. Terdapat juga penyedia servis yang menyediakan servis percuma tetapi tidak digalakkan memandangkan kemungkinan terdapat polisi penggunaan dan akses yang terhad. Kebiasaannya harga domain .COM di Malaysia sekitar harga RM50/tahun, bergantung pada nama domain. Domain .MY dan .COM.MY boleh mencecah harga yang lebih tinggi sehingga RM120/tahun.

Sekiranya anda mencari web hosting yang murah, Hosting Malaya menyediakan web hosting serendah RM30/tahun. Dapatkannya disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.

Berbalik kepada point utama, antara pilihan yang saya boleh senaraikan untuk anda membuat pembelian domain website dengan harga yang murah (dibawah harga kebiasaan) :

  • Namesilo

domain murah namesilo

Namesilo menawarkan pelbagai domain dengan harga yang saya boleh katakan termurah dipasaran buat masa sekarang. Anda boleh lihat harga domain yang mereka tawarkan disini : https://www.namesilo.com/pricing. Untuk domain .COM, harganya sekitar RM38/tahun. Namesilo juga menawarkan WHOIS Privacy secara PERCUMA kepada pengguna-pengguna mereka. Harga renewal dan transfer domain juga lebih murah daripada biasa.

Anda boleh membuat carian domain dan membuat pembelian disini : https://www.namesilo.com/register.php.

Buat masa ini, saya tiada masalah dalam menggunakan Namesilo dan sistem mereka sangat pantas dan reliable.

  • Namecheap

domain murah namecheap

Namecheap, merupakan satu nama yang tidak asing lagi sebagai domain provider antarabangsa. Harganya saya boleh katakan dalam sekitar harga kebiasaan malahan harga renew ada yang lebih mahal daripada biasa. Sekiranya anda pengguna tegar Namecheap dan berminat menggunakan Marketplace mereka untuk jualan dan belian domain unik dan premium, ini mungkin platform yang baik untuk anda.

Layari laman web Namecheap disini : https://www.namecheap.com.

  • Godaddy

domain murah godaddy

Godaddy diantara provider terawal dan masih lagi digunakan sehingga kini. Harga yang mereka tawarkan agak menarik untuk penggunaan jangka pendek dan coupon code mereka sangat mudah untuk didapati di Google. Harga normal pembelian domain .COM mereka untuk 2 tahun sekitar RM79 dengan renewal sekitar RM70. Harga yang ditawarkan oleh Godaddy untuk langganan berterusan saya boleh katakan agak tinggi kecuali anda mempunyai coupon code mereka yang berbaloi.

Laman web Godaddy : https://my.godaddy.com.

  • Porkbun

domain murah porkbun

Porkbun juga dilihat menawarkan harga domain yang agak menarik seperti diatas lebih-lebih lagi untuk promosi yang mereka tawarkan seperti promosi tahun pertama dan juga promosi terhad bagi setiap pelanggan. Seperti tertera, domain .COM berharga sekitar RM18 sahaja untuk tahun pertama akan tetapi untuk renewal pula sekitar RM36 dan WHOIS Protection ditawarkan secara PERCUMA.

Namun jika ditanyakan pengalaman secara peribadi, saya tidak pernah menggunakan domain provider ini dan nama domainnya yang agak unik dan pelik.

Layari laman web Porkbun disini : https://porkbun.com.

  • Ionos by 1&1

ionos

Ionos by 1&1 menawarkan domain-domain terpilih dengan hanya sekitar RM5 sahaja pada tahun pertama, tetapi ditawarkan dengan renewal yang agak tinggi. Sebagai contohnya renewal .COM adalah sekitar RM63 jika ditukar kepada matawang Ringgit Malaysia (MYR). Mereka juga menawarkan Domain Guard dengan harga sekitar RM5 untuk tahun pertama dan RM63 untuk tahun seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka disini : https://www.ionos.com.

  • Freenom

domain murah freenom

Freenom menawarkan pelbagai domain dengan harga yang sesetengahnya agak murah daripada Namesilo dan juga menawarkan WHOIS Privacy secara PERCUMA. Harga domain .COM yang ditawarkan sekitar RM37/tahun dan mereka juga menawarkan domain percuma seperti domain .ML, .TK, .GQ .CF dan juga .GA.

Akan tetapi, saya pernah mengalami isu account credit yang tidak bertambah dan juga support ticket yang dibalas oleh Freenom sangat lewat ada yang hampir seminggu jadi saya tidak menyarankan pengguna untuk mendapatkan domain berbayar disini. Laman web mereka juga kadangkala bermasalah untuk diakses dan dikhuatiri isu teknikal berkaitan domain yang perlu diselesaikan awal, tidak dapat diselesaikan dengan pantas.

Walaupun begitu, mereka mempunyai senarai domain yang agak banyak sebagai pilihan jika anda dari A-Z. Anda boleh lihat disini : http://www.freenom.com/en/pricechart.html.

Berdasarkan daripada senarai diatas, terdapat beberapa domain provider yang menawarkan harga pembelian domain yang murah untuk jangka masa pendek, dan ada juga yang menawarkan harga domain yang menarik untuk jangka masa panjang. Bergantung kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan keperluan anda dalam pengurusan laman web yang diingini.

Saya tidak dapat menyenaraikan domain provider yang murah di Malaysia memandangkan kebanyakannya hanyalah sebagai ‘reseller’ kepada domain provider yang tersenarai diatas ini. Namun pada masa akan datang, saya akan senaraikan domain provider di Malaysia yang menawarkan domain yang termurah termasuk juga dengan domain .MY.

Dapatkan DDoS Protected Web Hosting Disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.

Ketahui Apa Itu Shared Hosting & VPS : https://amirazman.my/apa-itu-shared-hosting-vps.

Leave a Comment