Duit OnlineTeknologiTelekomunikasi

Cara Cash Out Tabung Kasi Up YES

Cara Cash Out Tabung Kasi Up YES

Untuk post pada kali ini, saya akan terangkan cara atau tutorial cash out Tabung Kasi UP YES 4G dengan menggunakan aplikasi MyYES. Langkah-langkah yang saya senaraikan dibawah ini adalah berdasarkan pengalaman saya pada 31 Mac 2021, beberapa hari yang lepas.

Yang pertama sekali, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM50 di dalam wallet rewards YES 4G dimana anda boleh dapatkan rewards ini daripada setiap pendaftaran akaun YES melalui link referral anda. Rewards yang diberikan juga berbeza mengikut pelan yang dilanggan oleh pengguna. Anda boleh lihat jadual dibawah untuk maklumat yang lebih terperinci.

kasi up cash reward

Rewards daripada earning YES 4G ini anda boleh redeem sama ada dalam bentuk reload (tambah nilai) YES 4G, pembelian Add-Ons serta Cash Out ke bank anda. Dan untuk kali ini, saya akan fokuskan kepada Cash Out ke bank sahaja.

Apabila anda sudah mempunyai sekurang-kurangnya RM50 di dalam wallet rewards YES 4G, anda boleh klik pada butang REDEEM, kemudian klik pada menu Cash Out.

tutorial cash out yes 4g redeem

Setelah itu, isikan maklumat perbankan anda seperti nama bank, nombor akaun bank, penama akaun bank, nombor kad pengenalan serta amaun yang ingin dimasukkan ke bank anda dan klik pada butang REQUEST TAC. Isikan TAC yang diterima melalui SMS atau email anda dengan betul pada ruang yang disediakan.

cash out pendapatan yes 4g

Kemudian, maklumat mengenai transaksi Cash Out tersebut akan dipaparkan dan klik pada butang DONE. Menurut FAQ daripada YES, tempoh masa amaun yang anda cash out dimasukkan ke bank adalah berdasarkan polisi GIRO oleh setiap bank.

proses cashout yes 4g

Berdasarkan pengalaman saya, saya cash out sebanyak RM50 pada 31 Mac 2021 jam 1.40 petang dan pada jam 8 malam hari yang sama, saya lihat amaun tersebut telah dimasukkan ke akaun bank saya. Saya boleh katakan proses cash out daripada YES 4G ini agak pantas juga dan tidak mengambil masa yang agak lama serta leceh seperti proses cash out sesetengah syarikat telekomunikasi yang lain.

Daftar YES Prepaid ‘Kasi UP’ disini (penghantaran simkad PERCUMA) : https://myyes4g.page.link/jbt1KLfUVc94iQjr6.

Diharap post Cara Cash Out Tabung Kasi UP Yes ini dapat membantu anda untuk cash out rewards yang anda terima melalui akaun bank anda. Tidak banyak syarikat telekomunikasi yang menawarkan pemberian wang secara tunai kepada pengguna sebegini, dan kerjasama mereka dengan Shopee dalam memberikan Free Databack kepada mereka yang berbelanja di Shopee merupakan satu langkah yang bijak serta harus menjadi contoh kepada syarikat telekomunikasi yang lain untuk lebih kompetitif.

Cara Redeem Voucher YES FREE Databack Di Shopee : https://topupniaga.com/cara-redeem-voucher-yes-free-databack.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

2 Comments

  1. Wan Ayie

Leave a Comment