KehidupanSosialTeknologi

Masalah Noise Pada Mic

Masalah Noise Pada Mic

Anda pernah mempunyai masalah noise pada mic anda semasa recording sama ada menggunakan apa-apa software recording/stream atau OBS/Streamlabs OBS ? Kebiasaannya masalah noise pada mic ini berlaku kepada pengguna graphic card Nvidia. Sebelum ini saya menggunakan graphic card RX580 dan tidak pula alami masalah sebegini, tetapi terjadi apabila saya menggunakan graphic card RTX 2060 walaupun noise suppression telah diaktifkan.

Terdapat pelbagai software noise cancellation yang ada diluar sana, tetapi untuk kali ini saya ingin kongsikan software yang telah disediakan oleh pihak Nvidia sendiri, Nvidia Broadcast dan juga Nvidia RTX Voice. Nvidia Broadcast boleh digunakan untuk Nvidia versi RTX GPU dan ke atas, manakala Nvidia RTX Voice pula boleh digunakan untuk Nvidia GTX GPU.

nvidia rtx voice

Download Nvidia Broadcast disini : https://www.nvidia.com/en-us/geforce/guides/broadcast-app-setup-guide.
Download Nvidia RTX Voice disini: https://www.nvidia.com/en-us/geforce/guides/nvidia-rtx-voice-setup-guide.

Perbezaannya, Nvidia Broadcast boleh mengaktifkan noise removal untuk microphone (input), speaker (output) serta camera untuk background removal manakala Nvidia RTX Voice punya khas untuk noise removal microphone (input) dan speaker (output) sahaja.

Untuk melihat perbezaan penggunaan Nvidia Broadcast dan juga tanpa menggunakannya, anda boleh lihat video yang saya sertakan dibawah.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah noise pada mic anda semasa streaming atau recording. Masih ramai lagi pengguna Nvidia yang mengalami masalah ini dan tidak menyedari kewujudan software noise removal khas daripada Nvidia ini.

Anda mengalami masalah noise pada USB speaker ? Klik disini : https://amirazman.my/masalah-noise-pada-usb-speaker.

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23