KehidupanTeknologi

Cara Menambah Extra Members Netflix

Cara Menambah Extra Members Netflix

Pada kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya menambah extra members pada akaun Netflix saya memandangkan baru-baru ini adik saya sudah tidak berjaya mengakses Netflix menggunakan Mi Stick yang disambungkan kepada TV.

Daripada apa yang saya lihat, Netflix masih lagi mempunyai loophole dimana sekiranya anda menggunakan device biasa, tiada masalah untuk mengakses Netflix, tetapi sistem mereka detect penggunaan Android TV. Jika anda mempunyai lebih daripada 1 TV, kemungkinan besar akan jadi masalah sekiranya tidak connect pada internet yang sama, contohnya seperti apa yang berlaku pada Mi Stick yang digunakan oleh adik saya.

netflix household

Saya sudah mengesahkan dengan rakan saya, mereka masih boleh mengakses akaun Netflix walaupun tidak pernah menggunakan internet dirumah saya yang mempunyai TV sebagai Netflix Household. Jadi sekiranya anda tidak mengakses Netflix menggunakan Android TV, kemungkinan besar anda masih boleh mengakses Netflix secara sharing walaupun tidak menggunakan internet yang sama.

Sebelum saya membuat keputusan untuk membuat langganan extra members, memang sudah dilakukan travelling dan sebagainya tu, prosesnya juga amat leceh untuk update household dan sebagainya.

Berbalik semula kepada masalah yang berlaku kepada adik saya tadi, saya tambah sahaja extra members pada Netflix subscription dengan kadar bayaran RM13 per akaun.

extra members netflix

Dengan bayaran RM13 ini, extra member tersebut boleh menerima akaun Netflix mereka sendiri sama ada dengan profile baru, atau kita boleh transfer profile kepada akaun mereka. Selain itu, seperti yang dinyatakan diatas, hanya boleh diakses oleh 1 device sahaja dalam 1 masa yang sama.

Dengan erti kata lain, selagi pemilik akaun asal masih membayar langganan bulanan + RM13 untuk setiap extra members, selagi itu extra members masih boleh menggunakan akaun Netflix yang telah dicipta pada invitation email.

daftar extra members netflix

Dalam proses saya menambah extra members Netflix, terdapat satu perkara yang saya rasa perlu Netflix perbaiki, dimana pada ketika ini, invitation email hanya boleh dilakukan kepada email yang tidak pernah berdaftar dengan Netflix.

Ya, sekiranya email tersebut pernah berdaftar dengan Netflix, email tersebut tidak akan dapat didaftarkan sebagai extra members, kecuali terdapat cara untuk anda delete akaun anda yang telah wujud.

Anda harus menggunakan email yang langsung tidak pernah berdaftar dengan Netflix untuk memastikan pendaftaran extra members tiada sebarang masalah. Diharap pihak Netflix dapat memberikan pendaftaran extra members juga kepada pengguna email yang pernah menggunakan Netflix sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Extra Members Netflix ini, anda boleh layari Netflix Help Center disini : https://help.netflix.com/en/node/123279.

Sudahkah anda terima speed upgrade percuma daripada Unifi ? Baca disini : https://amirazman.my/speed-upgrade-percuma-unifi-2023.

Dapatkan Smart TV 4K bawah RM800 disini : https://shope.ee/5fNW9Khing.

 

Leave a Comment