Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang blogger ?
Soalan ini agak sering juga saya lihat diutarakan oleh pengguna lebih-lebih lagi di Facebook Group saya diĀ Blogger Malaysia. Kebiasaannya saya akan tanya dahulu apakah sebenarnya yang ingin dicapai dengan menjadi seorang blogger ?
Untuk bina ‘personal branding’ ? Kongsi ilmu & informasi kepada para pembaca ? Jana pendapatan ? Untuk mengasah bakat menulis/menaip ? Untuk memasarkan perniagaan anda ? Mengisi masa lapang ?
Apa itu blogging ? Apa perbezaannya dengan Vlogging ?
Blogging merujuk kepada aktiviti penulisan, fotografi, atau pelbagai jenis media lain yang diterbitkan secara online. Hampir sama dengan Vlogging, dimana Vlogging lebih sesuai kepada media jenis video.
Terdapat pelbagai platform yang sesuai untuk blogging diantaranya WordPress, Blogspot, Medium, Tumblr, Wix dan sebagainya manakala platform yang sesuai untuk vlogging pula kebiasaannya ialah Youtube, Facebook, Instagram, Twitch dan pelbagai lagi platform lain.
Selalunya saya akan menyarankan mereka yang berminat untuk menjadi blogger untuk menggunakan platform seperti WordPress atau Blogspot memandangkan kedua-dua platform ini sering digunakan dan mempunyai komuniti yang besar. Dalam berblogging, bagi saya komuniti memainkan peranan penting untuk mendapatkan pembaca, bersosial serta sebagai panduan arah tuju blog anda.
Selain itu, dengan komuniti yang besar sudah semestinya persoalan anda dengan penggunaan platform dari segi teknikal dapat dijawab dengan mudah dan pantas. Proses untuk editing code juga tidaklah terlalu rumit seperti sebahagian platform lain yang memerlukan anda mempunyai kepakaran dalam coding dan sebagainya.
Dan kedua-dua platform ini juga boleh dikatakan antara yang termudah dalam ‘monetize’, iaitu menjana pendapatan melalui iklan yang disiarkan pada blog anda. Yang sering kita dengar biasanya Google Adsense.
Saya sarankan anda untuk join group-group Facebook dibawah dimana anda boleh kongsikan link post anda serta berkongsi dan berkolaborasi dengan komuniti blogger yang lain :
- Blogger Malaysia (https://www.facebook.com/groups/MalaysiaBlog).
- Kelab Blogger Ben Ashaari (https://www.facebook.com/groups/KELABBLOGGERBA).
- Social Media + Bloggers Community (https://www.facebook.com/groups/1395701487308375).
- Kelab Blogger Malaysia (https://www.facebook.com/groups/akubloggermalaysia).
- Sahabat Blogger (https://www.facebook.com/groups/wanammal).
- Blogger Ping (https://www.facebook.com/groups/bloggerping).
- Blogger 1 Malaysia (https://www.facebook.com/groups/191015474294587).
Anda mempunyai group yang bagus ingin direkemenkan dan saya senaraikan diatas ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.
Zaman kini bilangan subscriber media sosial juga boleh dijadikan sebagai resume & portfolio sekiranya ianya berkaitan dengan bidang kerjaya yang ingin diceburi sebagai lebih-lebih lagi dalam bidang IT. Banyak juga media serta syarikat yang mencari influencer blog memandangkan konten pada blog yang kekal dan mempunyai potensi untuk terpapar di carian Google & dibaca oleh pengikut/pembaca blog.
Sebagai seorang blogger, anda sudah semestinya inginkan pembaca membaca blog anda seramai mungkin. SEO adalah salah satu daripada jawapannya. Jangan risau, anda akan ‘sedut’ ilmu ini secara perlahan-lahan dalam proses anda mula berblogging nanti.
Diharap perkongsian post cara untuk menjadi seorang blogger ini dapat dimanfaatkan dan membantu anda dalam permulaan perjalanan anda sebagai seorang blogger.
Semoga berjaya !
Dapatkan Self Hosting WordPress & domain anda disini : https://billing.hostingmalaya.com.
Jana Pendapatan Melalui Niche Telco :https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.